Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Dari 'Menyulam Kasih' ke 'Selamat Harijadi Mona'.

Imej
Skrip Drama Khas TV 'Selamat Hari Jadi Mona' (2012) adalah skrip terakhir yang pernah saya tulis atas permintaan dan diterbitkan bersama oleh Radio Televisyen Brunei dan Biro Mencegah Rasuah. Saya rasa ini adalah skrip drama TV yang terbaik yang pernah saya hasilkan sejak Drama Khas TV MoU RTB-MediaCorp TV/Suria Singapura 'Menyulam Kasih' (2002). Ini bermakna sudah kira-kira 10 tahun saya melibatkan diri dalam penulisan skrip drama tv, dan ternyata kerjasama dari semua pihak; baik penerbit, pengarah, pelakon, dan kakitangan produksi yang terlibat telah memberikan pengalaman dan satu harapan yang sangat berguna untuk saya menghasilkan skrip yang lebih baik dari ini.

Pantun: menurut pengertian kamus Nusantara dan Barat

Imej
puisi lama Melayu yg biasanya terdiri drpd empat baris dlm tiap-tiap rangkap, yg dua baris pertamanya merupakan pembayang maksud (sampiran) dan dua baris keduanya sbg penerang maksud atau isi pantun: berbalas ~ mengucapkan pantun bersambut-sambutan; 2 ark sj peribahasa yg digunakan sbg sindiran; 3ark sbg jawapan kpd tuduhan dsb; ~ berkait pantun berkait; ~ berkait pantun yg terdiri drpd beberapa rangkap yg kait-mengait atau sambung-menyambung, mis baris (larik) kedua dan keempat dlm bait pertama diulang semula pd baris-baris pertama dan ketiga dlm bait yg berikutnya; ~ kilat pantun yg hanya terdiri drpd dua baris, bersajak a-a, dan masing-masing merupakan pembayang maksud dan isi; karmina; ~ rantai pantun berkait;

[Dipetik dari Kamus Bahasa Melayu Nusantara. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 2003. hlm 1981]

A verse form of Malayan origin. A poem of no determinate lenght, composed of quatrains (q.v.) with internal assonance (q.v.) and rhyming abab. The second and f…

cerita + moral

Imej
Sejak awal mengikuti cerita yang ditulis oleh Putera Katak Brunei melalui Status facebooknya, saya baru mula memahami apa yang dimaksudkan dengan istilah 'parable'; justeru buku ini menarik perhatian saya kerana ia mengandungi 'cerita-pendek-pendek' yang sangat mudah untuk diertikan oleh pembacanya. Parable itu sebenarnya berkait rapat dengan cerita atau kisah pendek yang ringkas yang terkandung di dalamnya unsur-unsur 'allegory' dan 'fable' yang memaparkan permasalahan dan moral wataknya (= kita sebagai manusia biasa).

Setiap penulis jangan lakukan 15 perkara ini

Ada 15 perkara yang perlu diambil perhatian oleh setiap penulis, terutama bagi mereka yang bergantung hidup dengan dunia penulisan. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut sila berkunjung ke http://www.writersdigest.com/editor-blogs/there-are-no-rules/15-things-a-writer-should-never-do

South East Asia Writers Award

Sejak tahun 1986, Brunei Darussalam kini telah memiliki 27 orang penulis sebagai penerima South East Asia Writers Award. Untuk maklumat lengkap, sila berkunjung ke http://seawrite.com/?page_id=23

Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi