Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

one day i wrote about you, and in the end i was tired

Imej

Cetera Merdeka

Imej
[...]
Sesekali kudengar gelak ketawa anak-anak muda di pondok taman ini. Mereka semuanya menghadap ke muara sungai yang kulihat mengalir lesu. Aku juga seakan melihat, jauh di hulu, anak sungai lebih deras alirnya. Lebih menderu tatkala mencelah di batu-batu karang yang melintangi arusnya. Jauh berbeza di sini, sampah hanyut di alurnya dan terdampar ke tepi tebing taman. Aku tidak tahu sampah ini hanyut dari mana dan ke mana. Ia telah mencemarkan keindahan taman.
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Anak-anak muda di pondok taman mula berterial.
Sudah agak lama juga tanah air kita ini mencapai kemerdekaan. Apakah ertinya kemerdekaan bagi mereka. Sebaiknya aku tinggalkan saja taman ini. Sementara kawan yang kutunggu belum juga muncul. Barangkali aku bukanlah seorang yang boleh bersabar dan menunggu begitu lama daripada janji yang telah kami tetapkan bersama. Ada pondok telefon telah disediakan di pintu masuk taman ini, aku menuju ke sana. Anak-anak muda di pondok taman kulihat mula menyalakan s…

Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi