Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Kewajaran pemberian anugerah pengiktirafan kepada sasterawan tempatan.

Imej
Memandangkan peranan sastera itu dalam membangun negara adalah sama pentingnya dengan bidang-bidang yang lain, golongan penulis sebagai anggota dalam masyarakat juga terlibat sama bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Dalam setiap tamadun, golongan penulis bukan sahaja menjadi pencatat zamanya tetapi dalam banyak hal mereka juga menjadi penjana dan pemimpin pemikiran masyarakatnya. Melalui hasil penulisan dan karya sastera penulisan dan karya sastera dapat menyumbang pada memajukan dan penguasaan bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam yang sekali gus dapat memperkaya khazanah persuratan dan ilmu Bahasa Melayu. Melalui penulisan dan karya sastera yang bermutu dan mempunyai nilai intelek juga, dapat membantu kepada pencapaian wawasan negara dengan membawa masyarakat sama-sama berfikir dan melihat maju ke hadapan untuk bangun dan mendukung hasrat kerajaan dan negara untuk menjadi bangsa dan negara yang maju. Melalui hasil karya saster