Kewajaran pemberian anugerah pengiktirafan kepada sasterawan tempatan.

Memandangkan peranan sastera itu dalam membangun negara adalah sama pentingnya dengan bidang-bidang yang lain, golongan penulis sebagai anggota dalam masyarakat juga terlibat sama bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

Dalam setiap tamadun, golongan penulis bukan sahaja menjadi pencatat zamanya tetapi dalam banyak hal mereka juga menjadi penjana dan pemimpin pemikiran masyarakatnya.

Melalui hasil penulisan dan karya sastera penulisan dan karya sastera dapat menyumbang pada memajukan dan penguasaan bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam yang sekali gus dapat memperkaya khazanah persuratan dan ilmu Bahasa Melayu.

Melalui penulisan dan karya sastera yang bermutu dan mempunyai nilai intelek juga, dapat membantu kepada pencapaian wawasan negara dengan membawa masyarakat sama-sama berfikir dan melihat maju ke hadapan untuk bangun dan mendukung hasrat kerajaan dan negara untuk menjadi bangsa dan negara yang maju.

Melalui hasil karya sastera juga, dapat melahirkan anak bangsa dan generasi yang bermoral, mempunyai nilai-nilai kemanusiaan, kerohanian, kebudayaan, kemasyarakatan, kewarganegaraan dan mempunyai jati diri pada mendukung nilai-nilai kehidupan yang berpaksikan falsafah Melayu Islam Beraja.


Secara umumnya, karya sastera itu boleh dijadikan wadah berdakwah, berfikir, mendidik dan menghibur yang berkesan. Banyak novel dapat membekalkan pelbagai ilmu kepada pembacaanya yang sekali gus mampu menjana perubahan dalam masyarakat.

Misalannya novel-novel yang dihasilkan oleh penulis terkenal seperti Tolstory, Dickens, Pramoedya, Shahnon dan lain-lain mempunyai analisis sosial yang mempengaruhi aliran pemikiran dan pembangunan masyarakat di zaman-zaman tertentu.

Oleh itu, pemberian pengiktirafan berbentuk anugerah itu adalah sesuatu yang wajar diberikan kepada penulis, tidak terkecuali kepada penulis kita, insya-Allah.

[Dipetik dari Ucapan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah di Majlis Pertemuan Sastrawan Brunei V bertempat di Hotel Antarabangsa Rizqun pada Hari Rabu 8 Disember 2010]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi