Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

Selamat Tinggal Penilaian 'Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP'

Imej
Mungkin ada di antara penulis kita yang sudah lupa bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei sehingga kini sudahpun mempunyai empat buah buku Kumpulan Cerpen dan Puisi hasil dari Penilaian Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP sejak 24 tahun yang lalu, iaitu apabila hadiah tersebut mula diperkenalkan pada tahun 1989. Sebenarnya saya sendiri tidak menyangka yang penilaian bagi hadiah tersebut telah pergi sejauh ini, dan sekaligus telah mengangkat beberapa nama penulis kita dengan kepelbagaian gaya penulisan yang tentu saja berbeza dengan karya penulis-penulis muda yang ada pada masa sekarang. Sebagai seorang penulis yang pernah melalui zaman tersebut, saya berasa amat berbesar hati untuk memperkatakan perkara ini. Sementara penulis-penulis muda kita kini sudah mula mengangkat pena dengan gaya yang tersendiri, dengan semangat serta bersaing melalui berbagai Peraduan Menulis yang menjanjikan imbalan-imbalan yang cukup menarik sekali. Akan tetapi adakah perkembangan ini dapat memberi manfaat, keu