Selamat Tinggal Penilaian 'Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP'

Mungkin ada di antara penulis kita yang sudah lupa bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei sehingga kini sudahpun mempunyai empat buah buku Kumpulan Cerpen dan Puisi hasil dari Penilaian Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP sejak 24 tahun yang lalu, iaitu apabila hadiah tersebut mula diperkenalkan pada tahun 1989. Sebenarnya saya sendiri tidak menyangka yang penilaian bagi hadiah tersebut telah pergi sejauh ini, dan sekaligus telah mengangkat beberapa nama penulis kita dengan kepelbagaian gaya penulisan yang tentu saja berbeza dengan karya penulis-penulis muda yang ada pada masa sekarang.

Sebagai seorang penulis yang pernah melalui zaman tersebut, saya berasa amat berbesar hati untuk memperkatakan perkara ini. Sementara penulis-penulis muda kita kini sudah mula mengangkat pena dengan gaya yang tersendiri, dengan semangat serta bersaing melalui berbagai Peraduan Menulis yang menjanjikan imbalan-imbalan yang cukup menarik sekali. Akan tetapi adakah perkembangan ini dapat memberi manfaat, keuntungan bersama dan masa depan bagi semua pihak penulis kita di negara ini dalam jangka masa yang panjang.

Jika dahulu penulis kita sudah cukup berpuas hati setelah melihat cerpen atau puisinya terbit di majalah dan seterusnya dinilai untuk menjadi penerima Hadiah Kreatif, kini penulis-penulis muda kita melangkah jauh dari itu - mereka bukan lagi menulis sekadar untuk bacaan di majalah dan dinilai sebagai seorang penulis secara konsisten - akan tetapi ialah mereka lebih berminat menulis untuk menang dalam peraduan.

Sebenarnya awda tidak akan menjadi seorang penulis dalam masa yang singkat dan menjadi seorang penulis yang berjaya sebaik sahaja memenangi beberapa hadiah dalam peraduan menulis. Ada banyak perkara yang awda perlu fikirkan dan diperkatakan lagi, sebagaimana yang telah dilalui oleh beberapa orang penulis terkenal di negara kita yang terdahulu yang sudah setentunya telah berpuas hati dan mencapai kejayaan dengan sukat-sukat tertentu serta matlamatnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi