Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Penyertaan peraduan menulis di peringkat antarabangsa

Imej
Apabila bercakap mengenai peraduan, saya baru teringat bahawa saya pernah diminta untuk menyertai satu peraduan menulis di peringkat antarabangsa, iaitu  The Scholastic Asian Book Award (SABA) 2012   yang lalu dengan menghantar sebuah manuskrip kumpulan cerpen yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Sama ada suka atau tidak, sebenarnya itulah sahaja manuskrip kumpulan cerpen kanak-kanak dan remaja yang saya ada ketika itu; yang pada awalnya saya hantar kepada badan penerbit di sini untuk diterbitkan, sambil berharap kanak-kanak dan remaja kita di negara ini akan dapat membacanya, dan menyukainya. Manuskrip kumpulan cerpen itu saya tulis sejak saya berusia lima belas tahun lagi, iaitu ketika saya masih berada di bangku sekolah menengah dan mula mempelajari sastera secara khusus. Oleh kerana minat dan bakat yang disedari, maka saya mampu menulis sehingga sekarang. Akan tetapi untuk kembali pada zaman kanak-kanak dan remaja, dan menulis mengenainya pada usia sekarang tentu seka

Menang dalam peraduan atau kerana menjaga reputasi sebagai seorang penulis

Imej
Saya pernah ditanya 'kenapa tidak ikut menulis dalam peraduan'. Apabila saya menjawab 'tidak berminat', mereka lalu mengatakan bahawa saya sebenarnya 'takut tidak menang, atau takut kalah memandangkan saya adalah orang yang sudah lama menulis dan karya saya sering terbit di akhbar dan majalah. Jadi adalah sangat memalukan jika saya tidak menang, apatah lagi jika peraduan itu nanti akan dimenangi oleh muka-muka baru'. Saya tidak pernah peduli dengan pendapat tersebut. Sebenarnya saya tidak pandai menulis dalam peraduan, atau kerana menginginkan hadiah, penghargaan, pengiktirafan, atau kerana nama dan sebagainya. Menjadi seorang penulis ialah kerana saya ingin membina sebuah kehidupan yang sebenarnya ke dalam diri saya, dan jika pembaca mendapat manfaat dari karya-karya saya itu, ia sudah lebih dari cukup dari apa yang saya fikirkan. Dengan yang demikian, sejak menjadi penulis, saya rasa saya sudah lama menang atau menjadi seorang pemenang - kerana untuk men