Maaf Zahir dan Batin

Bersempena di Hari Raya Aidil Fitri yang mulia ini saya memohon maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan penulis, dan juga kepada para pembaca yang sentiasa mengikuti catatan saya di blog ini.

Semoga di hari raya yang mulia ini kita semua akan dapat bersatu hati dan menanam sikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain di dalam mencapai apa jua yang kita hajati dalam kehidupan ini.

Sebagai penulis kita juga tidak lari dari melakukan kesilapan, dan janganlah pula perkara itu dibiarkan terus berlaku sehingga merosakkan hubungan baik kita sebagai seorang insan.

Untuk akhirnya, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha 'secawan kopi' untuk dia terus menulis di sini