Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu

Imej
Rakan penulis dan para pembaca yang saya hormati sekaliannya. Isu rasuah bukanlah isu baharu yang pernah saya tulis, kerana sebelum ini saya sudah pernah menulis dua buah Skrip Drama Khas TV terbitan RTB-Biro Mencegah Rasuah dengan mengetengahkan isu yang sama. Oleh yang demikian, sebagai penulis saya tidak berhenti hanya dengan menulis dua buah Skrip Drama TV khusus mengenai rasuah untuk siaran televisyen sahaja. Melalui cerpen 'Aku Tidak Mahu Rasuah' terbitan Juara Pelajar (DBP: Mei-Jun 2014) yang lalu, saya juga telah menulis (dan memberi peringatan) bagaimana rasuah itu boleh berlaku dan melibatkan adik-adik kita, khususnya para pelajar sekolah tanpa kita sedari. Nampaknya, perbuatan merasuah dan menerima rasuah itu bukan hanya merosakkan individu-individu yang terbabit saja, malah ia juga boleh melibatkan keluarga, masyarakat, dan kerajaan kita ke dalam berbagai kancah masalah. Lebih buruk dari itu, rasuah boleh menyebabkan sesebuah negara mengalami kemusnahan dan

Seoul dalam Puisi: menemukan watak diri

Imej
Pada 24hb.-25hb. September yang lalu saya berada di Republik Korea untuk menghadiri Regional Expert Meeting: 2014 SEAMEO-APCEIU Collaboration on Educational Material Development for Cultural Understanding - Everyday Objects from Southeast Asia and Korea. Dua hari penuh dalam dewan mesyuarat adalah waktu yang sangat melelahkan, namun sebagai seorang penulis saya juga sempat mengabdikan pengalaman berada di republik itu ke dalam beberapa buah puisi --- --- terutama apabila saya mempunyai kesempatan untuk berjalan keluar dari tempat penginapan, lalu menjejakkan kaki di lorong-lorong malamnya sehingga melewati jalan-jalan subway yang membawa penumpangnya ke seluruh pelusuk bandaraya Seoul. Di bawah ini adalah puisi yang pertama saya tulis sejak berada di republik tersebut. Sementara puisi yang lainnya boleh awda baca di bawah pautan berikut http://www.puasha.com/p/blog-page_20.html WATAK pandanganmu hilang di sepanjang perjalanan jauh kau tidak lagi melihat rupamu Seoul k