Seoul dalam Puisi: menemukan watak diri

Pada 24hb.-25hb. September yang lalu saya berada di Republik Korea untuk menghadiri Regional Expert Meeting: 2014 SEAMEO-APCEIU Collaboration on Educational Material Development for Cultural Understanding - Everyday Objects from Southeast Asia and Korea.

Dua hari penuh dalam dewan mesyuarat adalah waktu yang sangat melelahkan, namun sebagai seorang penulis saya juga sempat mengabdikan pengalaman berada di republik itu ke dalam beberapa buah puisi ---

--- terutama apabila saya mempunyai kesempatan untuk berjalan keluar dari tempat penginapan, lalu menjejakkan kaki di lorong-lorong malamnya sehingga melewati jalan-jalan subway yang membawa penumpangnya ke seluruh pelusuk bandaraya Seoul. Di bawah ini adalah puisi yang pertama saya tulis sejak berada di republik tersebut. Sementara puisi yang lainnya boleh awda baca di bawah pautan berikut http://www.puasha.com/p/blog-page_20.html

WATAK

pandanganmu hilang
di sepanjang perjalanan jauh
kau tidak lagi melihat rupamu
Seoul kini mengajakmu berlari
di lebuh raya digitalnya
semuanya berubah

di dewan mesyuarat
kata-kata tidak lagi berupaya
menjelaskan rasa kantuk
kerana kita tidak lagi dapat tertidur lena
di bawah bumbung pembangunan ini
tanpa perancang dan penyelidik

kau datang bersama budayamu
ia adalah dirimu adalah peribadimu
kita bersama-sama berlari
di penghujung September
sehingga musim berubah
kau akan menemukan kembali
watak sendiri

seoul
24/09/2014

Ulasan