Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Siri Kuliah Kesusasteraan Bandingan XVII, 2014

Imej
Siri Kuliah Kesusasteraan Bandingan XVII, 2014 yang membawakan tajuk "Jaringan Komuniti Sastera MASTERA Secara Lintas Budaya' telah berlangsung pada hari ini 25 November 2014 bertempat di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Siri kuliah tersebut adalah anjuran Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) Malaysia untuk Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) Brunei Darussalam yang "mengupas bagaimana sebuah badan atau MASTERA yang menangani kegiatan pemasyarakatan, penyelidikan, penelitian dan penerbitan persuratan Melayu berupaya melaksanakan tanggungjawabnya dalam memperkasa dan melestari sastera melalui jaringan komunitinya yang memiliki unsur-unsur yang sama dan berinteraksi aktif." Antara lain, kuliah itu juga adalah bertujuan untuk memberiga dan menyebarluaskan fungsi, peranan dan produk MASTERA kepada khalayak negara MASTERA, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand serta khalayak luar MASTERA yang kini telah hampir menc

'Kisah Di Sebuah Halaman' akan terbit dalam format eBook pdf.

Imej
Kumpulan Puisi dan Cerpen Kanak-Kanak Menjelang Remaja Kisah Di Sebuah Halaman oleh Puasha dijangka akan terbit pada Januari 2015 dalam format eBook-pdf. Untuk pertanyaan lanjut sila Hubungi Penulis   "Buku kumpulan puisi dan cerpen kanak-kanak menjelang remaja Kisah Di Sebuah Halaman ini mengandungi karya-karya Puasha sejak dekat 1980-an yang sarat dengan kisah-kisah menarik untuk diteladani oleh pembacanya."   "Di samping bergiat menulis karya sastera dewasa, sehingga kini Pusaha juga masih mesra dengan karya sastera kanak-kanak menjelang remaja dan telah menghasilkan sebuah novel Sebuah Pondok Di Bukit Kota ."

Berkenalan dengan Majalah Sastera PUSAT

Imej
Saya sudah lama ingin berkenal-kenalan; membaca dan meneroka daftar isi majalah sastera PUSAT terbitan Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa dari Jakarta, Indonesia ini (lihat gambar), dan akhirnya majalah ini sampai juga ke alamat rumah saya pada hari ini - justeru kerana Sisipan Khusus Lembaran MASTERA pada kali ini turut mengongsikan sebuah cerita pendek hasil karangan saya sendiri yang berjudul Kebun bagi mewakili lembaran MASTERA dari Negara Brunei Darussalam. Cerita pendek Kebun pernah memenangi Hadiah Kreatif Bahana anjuran Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad dan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei pada tahun 1999 dalam kategori cerpen, dan turut dimuatkan dalam buku antologi cerpen dan puisi Mitos Pencarian terbitan DBP Brunei pada tahun 2010. Antara lain turut menyerikan Sisipan Khusus Lembaran MASTERA yang mengisi majalah sastera PUSAT edisi No. 7, Tahun 2014 tersebut, khususnya dari Negara Brunei Darussalam ialah Hidop Zin dengan puisinya Dalam Remang Perjala

Wajah penulis-penulis Brunei

Imej
Sesetengah orang berpendapat “biografi adalah kisah atau keterangan tentang kehidupan seseorang, sebuah keterangan yang lebih kompleks daripada sekadar daftar tarikh lahir atau mati dan data-data pekerjaan seseorang. Justeru itu biografi juga bercerita tentang perasaan yang terlibat dalam mengalami kejadian-kejadian tersebut. Juga dijelaskan secara lengkap kehidupan seorang tokoh sejak kecil sampai tua, bahkan sampai meninggal dunia. Semua jasa, karya, dan segala hal yang dihasilkan atau dilakukan oleh seorang tokoh itu haruslah dijelaskan semuanya.” Jika kita memakai pendapat di atas, kelahiran buku Wajah Penulis-Penulis Brunei (DBP: 2011), mahupun terbitan buku pertamanya Biografi Penulis Brunei (DBP: 1987) belumlah mencapai seperti apa yang kita harapkan. Lebih-lebih lagi penyusun buku ini menyatakan bahawa “buku ini adalah catatan ringkas mengenai 105 orang penulis Brunei Darussalam.” Dan “bukanlah merupakan senarai penulis yang lengkap tetapi memadailah sebagai satu peng