Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Antologi Sajak Ahli ASTERAWANI sempena Pelayaran Emas 50 Tahun ASTERAWANI

Imej
Pada 9hb. Julai 2012 yang lalu ASTERAWANI telah mengadakan sambutan ulang tahunnya yang ke-50 tahun yang diibaratkan sebagai sebuah perahu atau bahtera yang mengharungi riak dan gelombang kehidupan ini dengan penuh semangat, khususnya di dalam mencapai cita-cita murni untuk memelihara, mengembangkan dan memertabatkan bahasa dan sastera tanah air. Justeru itu,   Antologi Sajak Ahli ASTERAWANI sempena Pelayaran Emas 50 Tahun ASTERAWANI ini telah sampai ke tangan kita dengan menampilkan penyair-penyair tanah air ternama dan penting dalam sejarah perkembangan kesusasteraan Brunei moden, iaitu yang terdiri dari penyair-penyair berpendidikan Universiti Al-Azhar, Mesir; penyair-penyair berpendidikan maktab perguruan atau golongan guru; dan   penyair-penyair bukan berpendidikan maktab perguruan atau golongan guru.

Young Dreams dari Nurul Izzati

Imej
T idak banyak penulis kita yang mahu mencuba nasib menulis dalam Bahasa Inggeris walau pun sudah bertahun-tahun melibatkan diri dalam bidang penulisan kreatif, khususnya dalam Bahasa Melayu. Bagi saya, jika kita mampu menguasai kedua-dua bahasa   ini atau lebih, perbendaharaan kata dalam kamus penulisan kita akan bertambah baik dan kita akan lebih produktif. Kumpulan puisi Young Dreams adalah salah s ebuah karya yang ditulis dalam B ahasa Inggeris dari tangan seorang penulis muda yang bernama Nurul Izzati Haji Mohammed Jamil yang bertemakan cinta, persahabatan, kesetiaan, cita-cita dan impian, serta kepercayaan mengenai ketuhanan. Young Dreams ditulis sejak tahun 2004 hingga 2007 sehingga dipilih sebagai The Best Poems and Poets of 2007 yang menurut poetry.co m mempunyai visi yang sangat menarik dan unik.

Apabila puisi kita diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris

Imej
Sebanyak dua buah kumpulan puisi telah berhasil saya tulis dan diterbitkan, dan sekarang saya cuba pula terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris bagi melihat sejauh mana bahasa puisi kita boleh berpindah ke dalam bahasa Inggeris dan menepati makna atau maksud [atau; terminologi] bahasa puisi yang telah kita tulis dalam bahasa Melayu. Berikut ini adalah salah sebuah contoh puisi yang pernah saya tulis yang berjudul 'Nostalgia' dari Kumpulan Puisi Nakhoda Manis: pelayaran kedua , DBP, Brunei: 2009 pada halaman 9, dan saya terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris - khusus bagi mereka yang berminat membaca serta menghayatinya dalam bahasa Inggeris;

Antologi Sajak Kesepakatan Warga Emas - Amas Tampawan

Imej
Sahabat terbaik saya ialah seseorang yang memberi buku yang belum pernah saya baca - ini saya petik dari kata-kata Abraham Lincoln. Ada beberapa orang yang berbuat begitu, dan saya masih ingat mereka semua. Manakala antologi sajak Amas Tampawan baharu sahaja saya terima dari salah seorang penulis puisi dalam buku tersebut, iaitu Haji Duming @ Domeng bin Haji Abdul Wahab (Adi Wahab). Buku setebal 308 halaman dan berharga BND$6.00 (kulit nipis) yang mengandungi puisi dari 14 orang penulis 'amas tampawan' yang sudah berusia lebih dari 60 tahun ini memang disedari mempunyai nilai yang sangat unik dan utuh, serta perlu awda baca sementara kita juga mempunyai hasrat yang sama seperti mereka.

Statistik Khalayak Pengunjung Puasha.com

Imej
Berikut adalah statistik khalayak pengunjung Puasha.com yang dicatatkan sejak Mei 2010 hingga September 2015. Puasha.com tidak lupa mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan awda semua. (Sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)

4 Gaya Aliran Utama dalam Karya Novel Brunei

Imej
Gaya aliran dalam karya sastera adalah berbeza dari seorang penulis kepada seorang penulis yang lain. Aliran-aliran tersebut akan terus berkembang dan terus menemukan aliran-aliran baru pada abad yang akan datang, sesuai dengan hakikat sastera bahawa ia bersifat dinamis. Keempat-empat aliran tersebut ialah klasisisme, romantisisme, modenisme, dan pascamodenisme yang akan dapat dikesan melalui ciri-cirinya sebagai pengenal gaya aliran seseorang penulis atau sesebuah karya yang dihasilkan dalam satu aliran tertentu. Daripada analisis dan perbandingan terhadap perkembangan aliran novel-novel Brunei, maka berikut (lihat gambar) adalah senarai beberapa orang penulis berserta novel-novelnya mengikut periode gaya aliran utama dalam kesusasteraan; Sumber rujukan: Haji Mohd. Ali Haji Radin, 2001. Beberapa Teknik Pascamodenisme Dalam Beberapa Novel Brunei . Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4 Buah Buku 'Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP' Yang Perlu Awda Baca

Imej
Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP diadakan pada setiap tahun dan dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei bermula pada tahun 1989 yang lalu. Hadiah diberi kepada para penulis yang telah berjaya menghasilkan karya yang terbaik dari kategori cerpen dan sajak yang terbit dalam majalah Bahana oleh Panel Hakim yang dilantik. Berikut adalah 4 buah buku antologi cerpen dan sajak yang pernah memenangi hadiah tersebut, dan perlu awda baca; Meniti Jambatan Usia ; memuatkan 22 buah cerpen dan 20 buah sajak yang pernah memenangi Hadiah Kreatif Bahana bagi tahun 1989, 1990, 1993 dan 1994 kecuali bagi tahun 1991 dan 1992 yang tidak ada pemilihan Hadiah Kreatif Bahana . Antologi ini diharapkan dapat memenuhi selera dan menggugah minda pembaca, terutama kepada para pengkaji sastera tempatan yang ingin melihat karya bermutu di negara ini. Sungai Si Arau ; memuatkan 17 buah sajak dan 17 buah cerpen yang memenangi Hadiah Kreatif Bahana bagi tahun 1995, 1996, dan 1997. Antologi ini boleh dikata

10 Sebab Mengapa Awda Membaca Karya Sastera.

Imej
Ada 10 sebab mengapa awda membaca karya sastera, dan ini bergantung kepada keperluan, latar belakang dan pendidikan awda; Memberi pendidikan kepada khalayaknya , misalnya jika awda membaca novel Lari Bersama Musim karya Muslim Burmat, awda akan mendapat pendidikan dan mengetahui bencana air kemerah-merahan yang pernah melanda perairan Brunei di suatu masa dahulu. Memberikan nasihat , misalnya jika awda seorang pekerja yang membaca cerpen “Rancangan Setelah Bersara” karya Rahimi A. B. ia secara tidak langsung menasihati awda supaya tidak malas menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Karya sastera dapat membantu memudahkan pentafsiran sesuatu yang diketahui tetapi tidak begitu difahami oleh awda sebagai pembaca , misalnya kebanyakan masyarakat Brunei mengetahui upacara Temarok dalam masyarakat Dusun, tetapi belum begitu memahaminya secara lebih jelas, tetapi jika awda membaca novel Janji Gintamini karya Pudarno Binchin, awda akan memahami sedikit sebanyak mengenai upacara itu

Ruangan Cerpen dalam Pelita Brunei dan Arah Tujunya

Imej
Sebagai sebuah akhbar rasmi kerajaan, Pelita Brunei adalah media yang sangat berpengaruh di hati masyarakat kita sejak ia terbit beberapa dekad yang lalu. Sehingga sekarang, kita masih sahaja beruntung kerana ruangan cerpen masih dimuatkan ke dalam akhbar itu misalnya, dan sedikit sebanyak telah memberi ruang kepada para penulis tanah air sehingga kita dapat mengenal beberapa orang penulis seperti Maya Brunei atau Haji Jamaluddin Aspar, Mardiah Haji Abdul Gapar, Omeyad, Nurul Husna atau Nurul Husna binti Mohd. Ali, Dhia Faaezah, Eddy, Yatim Budiman, M. A. Rahman, Meesannisaa dan lain-lainnya. Namun kita masih berasa terkilan kerana ruangan itu kini kelihatannya masih sahaja 'hidup segan mati tak mahu' dan tanpa arah tuju yang jelas dalam membantu mengembangmajukan kesusasteraan Melayu kita di negara ini. Beberapa tahun yang lalu (bahkan, sejak beberapa dekad yang lalu) ruangan cerpen (puisi, artikel, rencana atau esei sastera) dalam Pelita Brunei dilihat sebagai sesuatu yan

Perkembangan Puisi Mutakhir di Brunei Darussalam

Imej
Sebagai sebuah negara yang masih muda setahun jagung dalam arena kemerdekaan di rantau ini, sudah setentunya perkembangan dan perubahan puisi (sajak) mutahir di Brunei Darussalam dari segi tema dan persoalannya tidak banyak membawa perubahan maksud dan isi hati penyair-penyairnya walaupun semangat kebangsaan selepas merdeka masih meluap-luap di dada dan jiwa setiap lapisan rakyat Brunei Darussalam, terutama untuk membuat dan membawa sesuatu perubahan dalam kehidupan. Ini tidak terkecuali kepada penulis-penulis sajak yang mempunyai jiwa perasa, yang selalu mengungkapkan pandangan yang puitis, mengharukan dan memikat terhadap persoalan kemanusiaan serta kemerdekaan negara. Apatah lagi sistem politik dan pentadbiran di Brunei Darussalam amat berbeza dengan Negara Malaysia, Singapura, dan Indonesia setelah mencapai kemerdekaan, namun demikian setiap lapisan rakyat di Brunei Darussalam tetap menghormati satiap apa yang dibuat oleh pemerintah yang sentiasa mempeduli kehidupan rakyatnya.

Buku: Panduan Praktis Menulis Skenario

Imej
Mengarang itu gampang, kata Arswendo Atmowiloo dalam bukunya 'Mengarang Itu Gampang' (1990). Menulis surat adalah juga mengarang, begitu Arswendo memberi contoh. (Ini adalah satu) persoalan bagi kita yang tertarik dengan dunia karang mengarang atau dunia tulis-menulis, iaitu bagaimana kita menanggapi pendapat tersebut sehingga terjadi proses kreatif di dalam diri kita sendiri. Apakah kita turut mengibarkan pendapat Arswendo, bahawa mengarang itu gampang? Atau kita termasuk (ke dalam satu golongan) dari kubu yang kontra dan menyumpahi pendapat tersebut sebagai sebuah bualan atau (cakap kosong saja). Berdasarkan pengalaman kita sendiri, yang selalu gagal untuk menembusi benteng (editor) media cetak (mahupun media elektronik) misalannya; ternyata kerja menulis itu tidak gampang, tetapi [...] kerja menulis atau mengarang itu, seperti juga disiplin ilmu lainnya, memerlukan konsentrasi dan wawasan yang cukup. Ertinya, pekerjaan kreatif ini tidak boleh dilakukan dengan main-main

Buku: Panduan Menulis Skrip Drama Radio

Imej
Drama radio adalah seni sastera yang menggunakan media elektronik sebagai alat penyebarannya. Ia berbeza dengan cerpen atau novel yang menggunakan media cetak sebagai medium penyebarannya. Bagaimanapun, proses penciptaannya serupa dengan hasil karya sastera yang lain. Sebuah cerpen yang baik dapat membuka fikiran baru kepada pembaca, boleh membuat pembacanya menangis, marah, malah tersenyum sendiri dengan pelukisan watak yang mengesankan. Begitulah juga dengan drama radio. Dengan mendengar dialog-dialog yang diucapkan oleh para pelakon, sesebuah drama yang baik boleh membuat pendengar duduk tertegun di sisi radio mendengarkan cerita hingga selesai. Malah kadang-kala, pendengar ikut tersenyum mendengar dialog lucu atau menitiskan air mata, bersimpati seperti di pentas atau di kaca televisyen. Begitu hebatnya kesan drama radio. Semua ini banyak bergantung kepada mutu skrip dan lakonan. Sebabnya mudah saja, untuk menimbulkan kehebatan itu tentu sekali perlukan sebuah skrip yang se

Terbaharu! Kumpulan Puisi 'Sandiwara' dari Puasha

Imej
Judul: Sandiwara Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Tahun: 2014 Muka Surat: 112p Binding: Kulit Nipi s ISBN 978-99917-0-969-7 Harga: $5.00 Kumpulan Puisi Sandiwara , DBP: 2014 adalah merupakan lanjutan dari Kumpulan Puisi Nakhoda Manis: Pelayaran Kedua yang sebelum ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei pada tahun 2009 mengetengahkan kepelbagaian makna atau maksud yang tersirat dari penulisnya sepanjang tempoh 30 tahun melibatkan diri dalam penulisan puisi. Bagi penulis, puisi adalah satu bentuk kata-kata berirama yang menyatakan pengalaman imaginatif, emosi, dan intelek. Apa juga cara penyampaiannya, puisi mewujudkan pengalaman yang sama dalam fikiran pembaca atau pendengarnya. Jika awda ingin mengetahui isi kandungan atau puisi yang termuat dalam Kumpulan Puisi Sandiwara ini dengan lebih dekat lagi, sila dapatkannya sekarang.

e-Book - pdf. "Kisah Di Sebuah Halaman" Hanya $12.90 Senaskhah!

Imej
Judul: Kisah Di Sebuah Halaman Penulis: Puasha Penerbit: Krafiti Enterprise Tahun: 2015 Muka Surat: 109p Format: eBook - pdf . ISBN 978-99917-955-0-8 (eBook) Harga: $12.90 "Buku kumpulan puisi dan cerpen kanak-kanak menjelang remaja Kisah Di Sebuah Halaman ini mengandungi 18 buah puisi dan 18 buah cerpen yang dihasilkan oleh penulis sejak pertengahan tahun 1980-an yang sarat dengan kisah-kisah menarik untuk diteladani oleh pembacanya." "Di samping bergiat menulis karya sastera dewasa, sehingga kini Pusaha juga masih mesra dengan karya sastera kanak-kanak menjelang remaja dan telah menghasilkan sebuah novel Sebuah Pondok Di Bukit Kota terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei pada tahun 2004". Klik [DI SINI] untuk membeli.

Sebagai penulis - kita ikut persatuan atau bergiat secara persendirian

Imej
Memang diakui bahawa ada sebahagian penulis tanah air yang tidak ikut serta dalam persatuan atau gerakan rakyat (dalam konteks ini ASTERAWANI), kerana mungkin mereka berpendapat yang penting bukanlah persatuan tetapi hasil penulisan. Mungkin sahaja kita silap, tetapi menyatukan penulis tanah air dalam satu wadah gerakan adalah lebih baik dari bergiat secara persendirian. Dan selaku pencinta dan penggiat kesusasteraan Melayu, kita berpendapat bahawa gerakan rakyat melalui persatuan dan kesatuan cukup penting apatah lagi dalam suasana atau iklim negara ini yang sifatnya homogen. Mengkritik kegiatan sastera yang dianjurkan oleh gerakan rakyat yang dianggap sebagai pesta-pestaan atau sesuatu yang hangus adalah kurang bijak. Sebab kegiatan yang diadakan seperti seminar, pertemuan, perkampungan dan dialog sastera merupakan satu gerakan intelektual rakyat. Intelektual rakyat pada kebiasaannya adalah golongan yang mendengar suara rakyat secara bersemuka dan orang yang melihat gelagat rakya