Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

Buku: Panduan Menulis Skrip Drama Radio

Imej
Drama radio adalah seni sastera yang menggunakan media elektronik sebagai alat penyebarannya. Ia berbeza dengan cerpen atau novel yang menggunakan media cetak sebagai medium penyebarannya. Bagaimanapun, proses penciptaannya serupa dengan hasil karya sastera yang lain.

Sebuah cerpen yang baik dapat membuka fikiran baru kepada pembaca, boleh membuat pembacanya menangis, marah, malah tersenyum sendiri dengan pelukisan watak yang mengesankan. Begitulah juga dengan drama radio.

Dengan mendengar dialog-dialog yang diucapkan oleh para pelakon, sesebuah drama yang baik boleh membuat pendengar duduk tertegun di sisi radio mendengarkan cerita hingga selesai. Malah kadang-kala, pendengar ikut tersenyum mendengar dialog lucu atau menitiskan air mata, bersimpati seperti di pentas atau di kaca televisyen.

Begitu hebatnya kesan drama radio. Semua ini banyak bergantung kepada mutu skrip dan lakonan. Sebabnya mudah saja, untuk menimbulkan kehebatan itu tentu sekali perlukan sebuah skrip yang sempurna…

Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi