Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

10 Sebab Mengapa Awda Membaca Karya Sastera.

Imej
Ada 10 sebab mengapa awda membaca karya sastera, dan ini bergantung kepada keperluan, latar belakang dan pendidikan awda;
Memberi pendidikan kepada khalayaknya, misalnya jika awda membaca novel Lari Bersama Musim karya Muslim Burmat, awda akan mendapat pendidikan dan mengetahui bencana air kemerah-merahan yang pernah melanda perairan Brunei di suatu masa dahulu.Memberikan nasihat, misalnya jika awda seorang pekerja yang membaca cerpen “Rancangan Setelah Bersara” karya Rahimi A. B. ia secara tidak langsung menasihati awda supaya tidak malas menjalankan tugas yang telah diamanahkan.Karya sastera dapat membantu memudahkan pentafsiran sesuatu yang diketahui tetapi tidak begitu difahamioleh awda sebagai pembaca, misalnya kebanyakan masyarakat Brunei mengetahui upacara Temarok dalam masyarakat Dusun, tetapi belum begitu memahaminya secara lebih jelas, tetapi jika awda membaca novel Janji Gintamini karya Pudarno Binchin, awda akan memahami sedikit sebanyak mengenai upacara itu.Karya sastera…

Ruangan Cerpen dalam Pelita Brunei dan Arah Tujunya

Imej
Sebagai sebuah akhbar rasmi kerajaan, Pelita Brunei adalah media yang sangat berpengaruh di hati masyarakat kita sejak ia terbit beberapa dekad yang lalu. Sehingga sekarang, kita masih sahaja beruntung kerana ruangan cerpen masih dimuatkan ke dalam akhbar itu misalnya, dan sedikit sebanyak telah memberi ruang kepada para penulis tanah air sehingga kita dapat mengenal beberapa orang penulis seperti Maya Brunei atau Haji Jamaluddin Aspar, Mardiah Haji Abdul Gapar, Omeyad, Nurul Husna atau Nurul Husna binti Mohd. Ali, Dhia Faaezah, Eddy, Yatim Budiman, M. A. Rahman, Meesannisaa dan lain-lainnya. Namun kita masih berasa terkilan kerana ruangan itu kini kelihatannya masih sahaja 'hidup segan mati tak mahu' dan tanpa arah tuju yang jelas dalam membantu mengembangmajukan kesusasteraan Melayu kita di negara ini.

Beberapa tahun yang lalu (bahkan, sejak beberapa dekad yang lalu) ruangan cerpen (puisi, artikel, rencana atau esei sastera) dalam Pelita Brunei dilihat sebagai sesuatu yang …

Perkembangan Puisi Mutakhir di Brunei Darussalam

Imej
Sebagai sebuah negara yang masih muda setahun jagung dalam arena kemerdekaan di rantau ini, sudah setentunya perkembangan dan perubahan puisi (sajak) mutahir di Brunei Darussalam dari segi tema dan persoalannya tidak banyak membawa perubahan maksud dan isi hati penyair-penyairnya walaupun semangat kebangsaan selepas merdeka masih meluap-luap di dada dan jiwa setiap lapisan rakyat Brunei Darussalam, terutama untuk membuat dan membawa sesuatu perubahan dalam kehidupan.

Ini tidak terkecuali kepada penulis-penulis sajak yang mempunyai jiwa perasa, yang selalu mengungkapkan pandangan yang puitis, mengharukan dan memikat terhadap persoalan kemanusiaan serta kemerdekaan negara. Apatah lagi sistem politik dan pentadbiran di Brunei Darussalam amat berbeza dengan Negara Malaysia, Singapura, dan Indonesia setelah mencapai kemerdekaan, namun demikian setiap lapisan rakyat di Brunei Darussalam tetap menghormati satiap apa yang dibuat oleh pemerintah yang sentiasa mempeduli kehidupan rakyatnya.

Wa…

Buku: Panduan Praktis Menulis Skenario

Imej
Mengarang itu gampang, kata Arswendo Atmowiloo dalam bukunya 'Mengarang Itu Gampang' (1990). Menulis surat adalah juga mengarang, begitu Arswendo memberi contoh. (Ini adalah satu) persoalan bagi kita yang tertarik dengan dunia karang mengarang atau dunia tulis-menulis, iaitu bagaimana kita menanggapi pendapat tersebut sehingga terjadi proses kreatif di dalam diri kita sendiri.

Apakah kita turut mengibarkan pendapat Arswendo, bahawa mengarang itu gampang? Atau kita termasuk (ke dalam satu golongan) dari kubu yang kontra dan menyumpahi pendapat tersebut sebagai sebuah bualan atau (cakap kosong saja). Berdasarkan pengalaman kita sendiri, yang selalu gagal untuk menembusi benteng (editor) media cetak (mahupun media elektronik) misalannya; ternyata kerja menulis itu tidak gampang, tetapi [...] kerja menulis atau mengarang itu, seperti juga disiplin ilmu lainnya, memerlukan konsentrasi dan wawasan yang cukup.

Ertinya, pekerjaan kreatif ini tidak boleh dilakukan dengan main-main. Ma…

Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi