10 Sebab Mengapa Awda Membaca Karya Sastera.


Ada 10 sebab mengapa awda membaca karya sastera, dan ini bergantung kepada keperluan, latar belakang dan pendidikan awda;
  1. Memberi pendidikan kepada khalayaknya, misalnya jika awda membaca novel Lari Bersama Musim karya Muslim Burmat, awda akan mendapat pendidikan dan mengetahui bencana air kemerah-merahan yang pernah melanda perairan Brunei di suatu masa dahulu.
  2. Memberikan nasihat, misalnya jika awda seorang pekerja yang membaca cerpen “Rancangan Setelah Bersara” karya Rahimi A. B. ia secara tidak langsung menasihati awda supaya tidak malas menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
  3. Karya sastera dapat membantu memudahkan pentafsiran sesuatu yang diketahui tetapi tidak begitu difahami oleh awda sebagai pembaca, misalnya kebanyakan masyarakat Brunei mengetahui upacara Temarok dalam masyarakat Dusun, tetapi belum begitu memahaminya secara lebih jelas, tetapi jika awda membaca novel Janji Gintamini karya Pudarno Binchin, awda akan memahami sedikit sebanyak mengenai upacara itu.
  4. Karya sastera dapat menghidupkan daya imaginasi pembaca, misalnya dalam cerpen “Pulang ke Pangkal Jalan” karya Haji Lamat bin Haji Jaafar, awda akan dapat membayangkan bagaimana keadaan hidup Hnau yang tinggal di Kampung Chung Lung, daerah Banjaran Gunung Inthanon, Thailand walaupun awda belum pergi ke tempat tersebut.
  5. Dari segi hiburan, karya sastera dapat memberi ketenangan kepada pembaca yang sibuk dan penat bekerja. Misalnya bagi awda yang membaca cerita jenaka dan lipur lara dapat menjadi penghibur hati yang sedih, atau membaca hikayat-hikayat akan dapat menimbulkan “ketenangan jiwa” yang tersendiri bagi awda.
  6. Sastera berfungsi untuk memanusiakan manusia, iaitu untuk mendorong awda menjadi makhluk yang berbudi pekerti tinggi dan berbudaya.
  7. Karya sastera sebagai ilmu pengetahuan. Dengan merujuk kepada genre puisi, terdapat anggapan atau kecenderungan untuk membuktikan bahawa manfaat puisi terletak pada pengetahuan yang ingin disampaikan kepada awda melalui puisi tersebut
  8. Karya sastera sebagai sumber rujukan. Bagi pakar psikologi terutamanya, berdasarkan kepada satu kognitif dalam drama dan novel. Oleh sebab itu terdapat pernyataan yang berbunyi, “pengarang novel dapat mengajar kita lebih banyak mengenai sifat manusia daripada pakar psikologi”.
  9. Karya sastera menyampaikan kebenaran. Ini merujuk kepada sikap para sasterawan yang menceritakan kehidupan sehari-hari dengan tindak-tanduk manusia atas kepentingan isi dan plot cerita yang mengharapkan penceritaan benar-benar hidup dan nyata, yang dapat dijadikan pengajaran atau kritikan dan hiburan kepada awda.
  10. Karya sastera sebagai catharsis. Apabila awda menonton drama tragedi misalnya, awda disajikan dengan peristiwa yang bertentangan dengan moral iaitu pergaduhan dan pembunuhan. Penonton merasa suka, kasihan, takut dan juga merasa benci.Perasaan inilah yang mendorong awda untuk mencapai catharsis, iaitu pembersihan di dalam diri daripada emosi yang sedemikian. Pembersihan yang membawa awda untuk tidak mencontohi atau meniru apa yang dilihat dalam persembahan drama tersebut.
Sumber rujukan: Ampuan Dr. Haji Brahim Ampuan Haji Tengah, 2006. Fungsi Sastera. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi