Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Antologi Sajak Kesepakatan Warga Emas - Amas Tampawan

Imej
Sahabat terbaik saya ialah seseorang yang memberi buku yang belum pernah saya baca - ini saya petik dari kata-kata Abraham Lincoln. Ada beberapa orang yang berbuat begitu, dan saya masih ingat mereka semua.

Manakala antologi sajak Amas Tampawan baharu sahaja saya terima dari salah seorang penulis puisi dalam buku tersebut, iaitu Haji Duming @ Domeng bin Haji Abdul Wahab (Adi Wahab).

Buku setebal 308 halaman dan berharga BND$6.00 (kulit nipis) yang mengandungi puisi dari 14 orang penulis 'amas tampawan' yang sudah berusia lebih dari 60 tahun ini memang disedari mempunyai nilai yang sangat unik dan utuh, serta perlu awda baca sementara kita juga mempunyai hasrat yang sama seperti mereka.

Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi