Young Dreams dari Nurul Izzati

Tidak banyak penulis kita yang mahu mencuba nasib menulis dalam Bahasa Inggeris walau pun sudah bertahun-tahun melibatkan diri dalam bidang penulisan kreatif, khususnya dalam Bahasa Melayu. Bagi saya, jika kita mampu menguasai kedua-dua bahasa  ini atau lebih, perbendaharaan kata dalam kamus penulisan kita akan bertambah baik dan kita akan lebih produktif.

Kumpulan puisi Young Dreams adalah salah sebuah karya yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dari tangan seorang penulis muda yang bernama Nurul Izzati Haji Mohammed Jamil yang bertemakan cinta, persahabatan, kesetiaan, cita-cita dan impian, serta kepercayaan mengenai ketuhanan. Young Dreams ditulis sejak tahun 2004 hingga 2007 sehingga dipilih sebagai The Best Poems and Poets of 2007 yang menurut poetry.com mempunyai visi yang sangat menarik dan unik.

Pada tahun 2009 Young Dreams sampai ke tangan kita setelah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei, dan diharap jejak langkah Nurul Izzati akan diikuti oleh golongan belia kita  bagi mengisi semangat kesetiaan kepada bangsa, agama dan negara yang kita cintai ini. Berikut adalah salah sebuah puisi Nurul Izzati yang saya petik dari kumpulan puisi Young Dreams;

Friendship

Friendship is not pity,
Friendship is not the things you receives or get;
It is not when two smiley faces are plastered together,
It is not found in the gift of flower,
Friendship is not sweet talk or special speech,
Friendship doesn’t always have to have laughter.

Friendship is knowing in your hear that you will always be
            there for that person as much as that person will be there for
            you;
Friendship is the heart that trusts and truly cares for another heart.

Dipetik dari Nurul Izzati Haji Mohammed Jamil. Young Dreams. DBP, Brunei: 2009. hlm. 24

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi