Apakah status Syair di Brunei?


Ada yang bertanya, apakah status syair di Brunei? Jawapannya ialah syair mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat Brunei, dan ia pernah berperanan sebagai genre karya yang paling menghiburkan di kalangan istana raja-raja Melayu.

Syair adalah genre puisi yang sangat popular di Brunei dan tinggi nilainya jika dilihat dari segi keaslian serta suasana di negara kita -- ini dapat kita baca dari Syair Awang Semaun, Syair Si Mercu Gunung, dan Syair Rakis.

Pada masa sekarang, dalam usaha negara kita untuk mencapai kesejahteraan dan pembangunan minda, karya syair boleh menjadi pemangkin aspirasi masyarakat --- ini dapat kita baca dari syair-syair karangan Muda Omar 'Ali Saifuddien melalui Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Syair Asli Rajang Hari, Syair Nasihat, dan Rampaian Laila Syair.

--- dan sekarang ini banyak lagi karya-karya baharu yang ditulis dalam bentuk syair telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei dalam bentuk buku, dan terpulanglah pada awda untuk memilih dan membacanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi