Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

Imej
Antara fungsi cerita kanak-kanak ialah untuk menghibur, mendidik, mendapat pengetahuan, mendapat pengalaman, memotivasi, dan mengayakan bahasa. 1. Fungsi yang dikemukakan mestilah berunsur universal supaya pengalaman yang dibentangkan atau didedahkan dapat dihayati. Ini bermakna buku itu berjaya merentangi ujian masa dan dapat dinikmati oleh kanak-kanak di mana-mana saja dan bila-bila masa, contohnya ialah buku-buku yang sudah menjadi klasik. Jadilah wataknya yang sentiasa boleh dikenal pasti (identify) oleh kanak-kanak tidak kira masa, tempat, dan zaman. 2. Melalui cerita yang dibaca, kanak-kanak akan terdedah kepada pelbagai jenis kehidupan manusia, baik secara individu atau kumpulan. Dengan terdapatnya unsur begini, kanak-kanak dapat melihat perspektif kehidupan manusia yang lebih optimis serta memahami keadaan diri mereka dengan lebih nyata. Dari itu, apa yang disampaikan oleh penulis mestilah rangkaian peristiwa dan pengalaman yang benar-benar berhubung dengan realiti teta

Puasha telah menulis sejak tahun 1985, dan sebanyak lapan buah judul buku telahpun diterbitkan yang bermula dengan sebuah novel remaja Sebuah Pondok di Bukit Kota.

Imej
Puasha telah menulis sejak tahun 1985, dan sebanyak lapan buah judul buku telahpun diterbitkan yang bermula dengan sebuah novel remaja Sebuah Pondok di Bukit Kota . Empat buah buku berikutnya ialah kumpulan puisi Nakhoda Manis - Pelayaran Kedua , kumpulan cerpen Cetera Merdeka , kumpulan puisi Sandiwara , dan kumpulan drama tv Amanat juga telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei; manakala Kumpulan Cerpen dan Puisi Kanak-Kanak Kisah Di Sebuah Halaman adalah buku terbaharu dari penulis. Untuk membeli atau membuat pesanan segera sila klik pautan ini http://www.krafiti.com/search.asp?keyword=puasha&search=Find

Ingat dari Mana Kita Bermula

Imej
Saya masih ingat (lihat gambar) puisi yang saya baca lebih dua tahun yang lalu ialah, 'Ingat dari Mana Kita Bermula' dari Kumpulan Puisi Nakhoda Manis - Pelayaran Kedua. Saya memang jarang sekali naik ke atas pentas untuk baca puisi di depan khalayak ramai, tetapi apabila diberi peluang saya akan cuba menyampaikannya dengan baik dan dengan cara yang tersendiri. Banyak orang berpendapat, membaca puisi dengan indah itu bererti kita harus membaca dengan lafaz yang tepat, nada, intonasi, dan ekspresi yang sesuai dengan isi atau tema puisi yang kita baca. Itulah yang selalu saya ingat, dan sebagai seorang penulis puisi - saya lebih mudah untuk memilih puisi yang saya tulis sendiri untuk saya baca apabila dipanggil di acara-acara seperti ini.

Karya sastera dan nilainya dalam akhbar kita

Imej
Tidak dinafikan akhbar adalah merupakan media yang sangat berguna sekali di dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan kesusasteraan kita di Brunei. Melalui ruangan sastera yang disediakan oleh media tersebut penulis-penulis muda kita akan dapat memperkembangkan daya kreatif mereka dengan baik, dan secara tidak langsung memperlihatkan kesungguhan kita dalam membentuk satu tapak yang kukuh di dalam usaha membimbing mereka ke arah matlamat bersastera yang lebih meyakinkan. Setakat ini hanya akhbar harian Media Permata dan akhbar rasmi Pelita Brunei sahaja yang ada menyediakan ruangan bagi penulis sastera kita menyalurkan bahan karya mereka dalam penerbitan. Walaupun ruangan tersebut tidak begitu menyerlah dan mampu menarik ramai di kalangan penulis muda kita untuk memberi sumbangan, akan tetapi sekurang-kurangnya ia adalah sangat bermakna dalam memberi nafas baru kepada kerancakan aktiviti bersastera di negara ini. Timbul beberapa kebimbangan jika kedu

Retrospektif - Apabila Haji Mariat Haji Abdullah Menulis

Imej
Saya tiba-tiba teringat mengenai sebuah ulasan cerpen yang ditulis oleh Haji Mariat Haji Abdullah yang berjudul Ulasan cerpen bertajuk Ibu tulisan Puasha di ruangan Sastera dan Budaya - Pelita Brunei, Aneka 16 Ogos, 2000 terbitan Jabatan Penerangan, iaitu kira-kira tujuh belas tahun yang lalu. Saya tahu, pada waktu itu karya saya tidak banyak diberi perhatian dari pembaca, penulis, pengkritik, dan pengkaji sastera kita di sini - apatah lagi menerima satu kajian dari mahasiswa/i kita yang belajar di universiti. Apabila Haji Mariat menulis; “Cerpen yang menarik perhatian saya untuk diulas kali ini bertajuk Ibu tulisan Puasha yang tersiar di akhbar rasmi kerajaan Pelita Brunei keluaran yang bertarikh 3 Mei, 2000”, saya mula percaya bahawa penulis muda seperti saya (dan awda juga) masih mempunyai keberuntungan untuk terus berkarya dengan lebih jauh. Nah, sekarang saya juga sudah dapat melihat begitu banyak penulis muda kita tampil ke hadapan. Karya mereka sudah tentu ja