Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

Imej
Antara fungsi cerita kanak-kanak ialah untuk menghibur, mendidik, mendapat pengetahuan, mendapat pengalaman, memotivasi, dan mengayakan bahasa. 1. Fungsi yang dikemukakan mestilah berunsur universal supaya pengalaman yang dibentangkan atau didedahkan dapat dihayati. Ini bermakna buku itu berjaya merentangi ujian masa dan dapat dinikmati oleh kanak-kanak di mana-mana saja dan bila-bila masa, contohnya ialah buku-buku yang sudah menjadi klasik. Jadilah wataknya yang sentiasa boleh dikenal pasti (identify) oleh kanak-kanak tidak kira masa, tempat, dan zaman. 2. Melalui cerita yang dibaca, kanak-kanak akan terdedah kepada pelbagai jenis kehidupan manusia, baik secara individu atau kumpulan. Dengan terdapatnya unsur begini, kanak-kanak dapat melihat perspektif kehidupan manusia yang lebih optimis serta memahami keadaan diri mereka dengan lebih nyata. Dari itu, apa yang disampaikan oleh penulis mestilah rangkaian peristiwa dan pengalaman yang benar-benar berhubung dengan realiti teta