Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

10 Disiplin Penulis dan Penulisan yang Harus Kita Tempuh

Imej
Sigmund Freud meletakkan penulis sebagai seorang yang introvert atau 'kenal diri sendiri' yang sering mengalami penyakit neurosis dan cuba mencari ubat terhadap keinginan fizikal yang tidak dapat dilaksanakan melalui proses kreatifnya walaupun gagal untuk sembuh sepenuhnya. Naluri semula jadi dalam diri penulis tidak sesuai dengan kehidupan di luar dirinya, umpamanya nilai-nilai masyarakat. Dengan itu penulis menjelmakan segala angan-angan dan cita-citanya melalui tulisan-tulisan agar memperolehi kepuasan (Abdullah Tahir, 1989: 16). Ini bermakna mencari hakikat kewujudan diri adalah penting kepada penulis untuk membentuk identiti diri dan karya mereka melalui pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Kaum penulis adalah golongan pemikir, dan pencetus nafas kesedaran terhadap isu yang melanda di dalam masyarakatnya. Oleh sebab itu kaum penulis adalah pemimpin masyarakat menerusi pena dan tulisan mereka sehingga membentuk sesuatu yang akan melahirkan etika diri seseo