Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Forum SAKAT "Kota, Teknologi dan Kemanusiaan".

Imej
Sebagai rangkaian kegiatan dalam Sidang Ke-25 Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) 2019, satu sesi forum dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT) dan Penyampaian Hadiah Terjemahan MASTERA 2019 yang bertema "Kota, Teknologi dan Kemanusiaan" telah berlangsung di The Pod, Lembaga Perpustakaan Negara, Singapura pada 29 September yang lalu. Forum ini adalah sebuah wadah wacana ilmu dan sastera - maka sebagai penulis saya telah turut terpanggil sebagai panelis forum bagi mewakili MASTERA Negara Brunei Darussalam. Kota sebagai peradaban memperlihat kekuatan dan kelemahan manusia. Teknologi memberi kemudahan kehidupan dan merancakkan pembangunan. Namun, teknologi boleh juga menghancurkan. Di sinilah kemanusiaan harus tampil agar kita dengan bijaksana menggunakan dan membangunkan teknologi. Kota yang mahu kita bina akan punah sekiranya kedua-dua teknologi dan kemanusiaan tidak seimbang. Di antara lain persoalan utama yang timbul dalam sesi foru

Antologi Puisi Gema Kalbu - Dino MN

Imej
Judul: Antologi Puisi Gema Kalbu Penulis: Dino MN Penerbit: Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Negara Brunei Darussalam Tahun: 2018 Muka Surat: 158p ISBN : 978-99917-75-08-1 (Kulit Nipis) 978-99917-75-09-8 (Kulit Tebal) Gema Kalbu merupakan antologi puisi karya Dino MN yang dihasilkan sejak tahun 1967 hingga sekarang. Antologi ini merupakan antologi perseorangan Dino MN yang kedua setelah antologi pertamanya yang bertajuk Dendang Suchi yang diterbitkan oleh Borneo Literature Bureau (Biro Kesusasteraan Borneo), Sarawak pada tahun 1971 yang dianjurkan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah. Sebanyak 112 buah puisi yang terkandung dalam antologi ini yang dihasilkan sekitar tahun 60an hingga sekarang yang kesemuanya telah pernah tersiar di majalah Bahana , akhbar tempatan Media Permata terbitan Brunei Press Sdn. Bhd., juga diterbitkan dalam antologi-antologi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. Kesemua puisi-puisi karya Dino MN ini menggarapkan pelbagai

Books about Foreign Cultures

Imej
The first great flood of books for teenagers was in the United States; but since World War II, writer all over the world have been creating a similar literature for their own young people. This is said to be the golden age of teenage literature in Australia and Sweden, and masses of books published in England for their own teens are crossing the Atlantic to be read by American adolescents. Some German, French, Norwegian, Swedish, Czech, and Russian teen books are reaching our shores via translation. In addition, many books written by American authors who have often lived in other parts of the world and have an intimate knowledge of the culture, people, and locale, have a foreign setting and charaters. The Shadow of a Bull by Maia Wojciechowska is an American author's evocation of a teenager's problem with traditional expectations in Spain. Translated books are difficult for the American teenager and are therefore less popular than books written by American. A German