Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bayaran saguhati

Cerpen dan Bayaran Saguhati

Imej
Saya sangat berminat untuk menghantar cerpen-cerpen saya ke Media Permata kerana saya minat mengarang cerita  seperti cerpen dan novel tetapi saya tidak tahu jika cerpen-cerpen saya ini bersesuaian ataupun tidak. Kalau sekiranya cerpen saya ini mempunyai unsur cinta, adakah cerpen saya akan diterima? Dan bolehkah jika saya membahagikan cerita saya yang panjang kepada cerita bersambung? Adakah syarat-syarat lain yang harus dipatuhi oleh penulis yang ingin mengarang cerpen untuk Media Permata? Dan berapakah wang saguhati yang akan saya perolehi jika cerpen saya diterbitkan di Media Permata? Erney Meria ---------------------------------------------- Sesuai atau tidak, asal namanya cerita pendek atau cerpen itu sudah cukup layak untuk terbit di mana-mana media penerbitan yang menyediakan ruangan untuk cerpen. Setiap unsur atau tema cerpen tidak semestinya ditentukan oleh penerbit, terpulang kepada setiap penulis untuk mencurahkan isi hati nurani mereka. Bukankah karya kreatif i