Mussidi – TAI dan Cerita-Cerita Lain.
Sangat jarang lagi aku bertemu dengan penulis yang menghasilkan kumpulan cerpen yang berjudul Tai dan Cerita-Cerita Lain ini, baik ketika perkumpulan atau majlis sastera yang diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, atau secara kebetulan terserempak di pusat-pusat membeli belah. Begitu juga dengan karyanya, aku sudah tidak berpeluang lagi membaca karya-karya terbaharu darinya terbit di ruangan cerpen Majalah Bahana . Ya, mungkin benar dengan apa yang ia perkatakan yang menurutnya untuk sementara ini ia sedang berehat dari menulis atau berkarya. Apapun aku masih berkesempatan melihat cerpen-cerpennya melalui online, iaitu melalui halamannya http://mussidi.googlepages.com/ yang mengandungi cerpen-cerpennya yang terdahulu - di samping menyimpan dua buah kumpulan cerpen dari penulis ini, iaitu Kecoh yang kubeli dari kedai buku DBP dan sebuah lagi kumpulan cerpen TAI dan Cerita-Cerita Lain yang diberi oleh penulis ini sendiri. Cerpen-cerpennya yang terkandung dalam kumpulan-kumpulan cerp