Catatan

Penulis Muda Perlu Mencapai Matlamat Sastera Kita. (Bahagian II)

Sejak mula lagi kebanyakan penulis kita tentulah sudah menyedari bahawa sastera adalah merupakan wadah seni yang memiliki suatu proses pengucapan yang unik. Jika seseorang penulis berbakat itu peka terhadap alam sekeliling, sosial-budaya dan lain-lain bentuk tekanan yang menyebabkan ia perlu bersuara maka sastera adalah saluran yang terbaik untuknya menulis dan melahirkan karya. Hakikat ini memang telah menjadi intipati biasa sehingga mempengaruhi seseorang penulis tersebut untuk menghasilkan karya yang kadang-kadangnya di luar dari kebiasaan kita, sekalipun ia berupa persoalan-persoalan kecil. Sebagai penulis berbakat yang mempunyai keyakinan dan jati diri kita tidak perlu risau dan takut untuk mengetengahkan karya kita ke tengah khalayak. Walaupun karya sastera itu tidak menggambarkan kebenaran semasa dan setempat, serta lebih bersifat rekaan dan ciptaan sahaja, tetapi kita tetap sedar dan yakin bahawa karya sastera itu sebenarnya bukanlah suatu pembohongan. Karya sastera sebaliknya