Catatan

Penulis Muda Perlu Mencapai Matlamat Sastera Kita. (Bahagian II)

Sejak mula lagi kebanyakan penulis kita tentulah sudah menyedari bahawa sastera adalah merupakan wadah seni yang memiliki suatu proses pengucapan yang unik. Jika seseorang penulis berbakat itu peka terhadap alam sekeliling, sosial-budaya dan lain-lain bentuk tekanan yang menyebabkan ia perlu bersuara maka sastera adalah saluran yang terbaik untuknya menulis dan melahirkan karya. Hakikat ini memang telah menjadi intipati biasa sehingga mempengaruhi seseorang penulis tersebut untuk menghasilkan karya yang kadang-kadangnya di luar dari kebiasaan kita, sekalipun ia berupa persoalan-persoalan kecil. Sebagai penulis berbakat yang mempunyai keyakinan dan jati diri kita tidak perlu risau dan takut untuk mengetengahkan karya kita ke tengah khalayak. Walaupun karya sastera itu tidak menggambarkan kebenaran semasa dan setempat, serta lebih bersifat rekaan dan ciptaan sahaja, tetapi kita tetap sedar dan yakin bahawa karya sastera itu sebenarnya bukanlah suatu pembohongan. Karya sastera sebaliknya

Penulis Muda Perlu Mencapai Matlamat Sastera Kita. (Bahagian I)

Penglibatan dari kalangan penulis berbakat yang tidak ramai bilangannya memungkinkan kita perlu berusaha gigih sekurang-kurangnya dalam tempoh dua puluh lima tahun untuk melihat sastera kita di negara ini mencapai matlamat kemajuannya di masa yang akan datang. Ini jika dilihat dari segi ukuran masa dan penyertaan dari kalangan penulis. Kita telah pun melalui zaman yang berbeza dan berubah-ubah tetapi pencapaian yang dapat kita lihat sekarang ialah tidak banyak penulis berbakat kita yang terlibat secara aktif dalam sastera dan menulis hanya sekadarnya. Sepatutnya kita sudah berada dalam keadaan selesa dengan perkembangan, kemajuan dan pencapaian sastera yang kita perolehi hari ini kerana hampir setaraf dan berganding bahu dengan negara-negara yang memperjuangkan sastera Melayu di rantau ini. Tidak perlulah kita bersoal-jawab dan memberi berbagai alasan yang difikirkan munasabah dalam perkara ini. Bukan sebab kita telah berusaha lebih dan sentiasa betul dalam setiap perkara, tetapi hakik