Catatan

Perkhidmatan berbayar

Imej
Saya berasa gembira setiap kali menerima email dari para pengunjung weblog ini. Ada di antara mereka meminta saya untuk memberi tunjuk ajar dan kritikan terhadap karya-karya yang mereka tulis. Semua itu saya lakukan secara percuma tanpa meminta sedikitpun bayaran yang sepatutnya saya terima. Permintaan seperti itu kian bertambah dari masa ke semasa. Ini dengan secara tidak langsung telah mendorong saya untuk berusaha lebih, semata-mata ingin membantu sesiapa sahaja yang ingin berjaya dalam bidang penulisan, khususnya penulisan kreatif. Untuk itu bagi mereka yang benar-benar berminat mendapatkan tunjuk ajar dan kritikan terhadap karya-karya yang dihasilkan, bolehlah melakukannya melalui 'perkhidmatan berbayar' seperti yang saya nyatakan di atas. Saya juga bersedia untuk membantu dan memberi petunjuk bagaimana menghantar karya-karya itu ke penerbitan. Saya harap melalui perkhidmatan ini ianya bukan sahaja memudahkan saya di dalam memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik, ma

Gambar kenangan di Pesta Buku Brunei 2010

Imej
Bersama beberapa orang penulis Brunei ketika di Pesta Buku Brunei 2010. Dari kiri: Haji Masri, Haji Sulaiman, Haji Mohd. Hussain dan Rahim M.S. (Gambar: A.R.Romzi )

Kumpulan Puisi Nakhoda Manis: Pelayaran Kedua

Imej
Akhirnya kumpulan puisi Nokhoda Manis: Pelayaran Kedua yang mengumpul sejumlah 130 buah tajuk puisi yang saya hasilkan selama lebih 20 tahun kini telah dilancarkan penerbitannya hari ini. Saya rasa tidak perlulah saya mengulas lebih panjang mengenai kumpulan puisi ini, kerana saya lebih suka mendengar bagaimana komen pembaca pula. Dan untuk renungan bersama di sini saya petik prakata yang ditulis oleh Hajah Aminah binti Haji Momin, Pemangku Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei mengenai buku kumpulan puisi ini; Puasa Kamis, penulis novel remaja Sebuah Pondok di Bukit Kota yang terbit pada tahun 2004 yang agak lama menyepi, kini muncul kembali dengan Kumpulan Puisi Nakhoda Manis: Pelayaran Kedua yang mengandungi 130 tajuk puisi yang kebanyakannya pernah tersiar dalam Bahana , Pelita Brunei , dan Media Permata . Keprihatinan penulis menyingkap dan mencoretkan apa jua persoalan yang dirungkai lewat tajuk-tajuk puisi yang dijajarkan dalam kumpulan puisi ini, merupakan pengucapan y

Pelancaran buku kumpulan puisi 'Nakhoda Manis - Pelayaran Kedua' di Pesta Buku Brunei 2010

Saya telah dimaklumkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei melalui sepucuk surat bahawa buku kumpulan puisi saya yang berjudul 'Nakhoda Manis - Pelayaran Kedua' akan dilancarkan pada Pesta Buku Brunei 2010 yang akan berlangsung pada hari Ahad 21 Februari ini. Selain berasa gembira dengan berita ini, saya juga berasa tidak begitu selesa apabila mendapat tahu sebuah lagi buku kumpulan cerpen saya yang berjudul 'Cetera Merdeka' telah terkeluar dari senarai pelancaran 42 judul buku terbaharu terbitan DBP. Ah, saya tidak tahu kenapa, kerana setakat ini saya cuma diberitahu bahawa buku kumpulan cerpen saya itu belum lagi dapat dilaksanakan pelancarannya atas sebab-sebab yang tidak nyatakan.

Peraduan Menulis Skrip Drama Kanak-Kanak

Imej
Sempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei (1961-2011), Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei sedang mengadakan Peraduan Menulis Skrip Drama Kanak-Kanak sebagai lanjutan daripada Bengkel Penulisan Skrip Drama Kanak-Kanak yang telah diadakan pada 13-16 Jun 2009 yang lalu. Peraduan tersebut merangkumi Skrip Drama Pentas, Radio dan Televisyen. Keterangan lanjut dan borang penyertaan boleh diperolehi di Kaunter-Kaunter Penyambut Tetamu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 01 Jun 2010.