Catatan

Flash Fiction: Putera Katak Brunei dan 'Fiksi Mini'nya

Imej
Flash Fiction (atau fiksyen kilat) adalah salah satu gaya dalam sastera yang ditulis secara ringkas dan pendek. Tidak ada definisi yang diterima secara meluas mengenainya, dan beberapa orang penulis mengatakan ianya ditulis antara serendah 300 hingga 1,000 patah perkataan sahaja. Nama-nama lain untuk flash fiction ialah sudden fiction (atau fiksyen secara tiba-tiba) , fiksyen-mikro, cerita-mikro, cerita pendek, fiksyen poskad dan cerita pendek pendek. Istilah flash fiction sudah mula digunakan pada tahun 1990an. Antara penulis yang terkenal dengan genre ini ialah Franz Kafka, Yasunari Kawabata, Ernest Hemingway, Arthur C. Clarke, Ray Bradbury dan banyak lagi. Pada masa ini flash fiction lebih cenderung dimajukan dan dipopularkan oleh Jacques Fuentealba, Vincent Bastin, Gechter Oliver, Batalion Stephane dan Berthiaume Laurent. Manakala di Brunei, kita juga sudah melihat antaranya ialah Fiksi Mini yang dihasilkan oleh Putera Katak Brunei yang sehingga sekarang dapat kita

Bagaimana menghayati karya seni puisi?

Imej
Menurut Muhammad Haji Salleh (Pengalaman Puisi, 2005: viii) "(...) belum ada suatu teori yang sempurna untuk pembaca menghayati seni puisi. Teori yang ada ialah teori atau hipotesis bagaimana pembaca berinteraksi dengan sesebuah karya sastera. Pengalaman seni tidak mudah diteorikan (...)." Dan "(...) Hanya (dengan) kepenuhan jiwa dan peribadi (...)lah yang akan memungkinkan kita mendengar dengung rima, terpegun oleh imej yang jitu, sambil merenungkan wawasan yang menjernihkan sudut keruh suatu pengalaman hidup."

Berkarya, dan bermimpi indah...

Imej
Saya sentiasa mengingat-ingati setiap apa yang pernah saya tulis, dan ternyata semuanya mendatangkan hasil yang membanggakan juga. Justeru itu seboleh-bolehnya saya akan berusaha untuk terus menulis, sekalipun ianya berupa nota-nota rengkas atau serangkap sajak di lembaran-lembaran nota yang akhirnya hilang dan terdampar entah ke mana. Cerpen atau sajak saya sudah jarang lagi terbit di surat khabar, atau di majalah-majalah Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Sebabnya, saya sendiri tidak lagi berasa teruja untuk menghantar dan melihat karya saya terbit begitu sahaja tanpa memperolehi feedback dari pembacanya. Karya-karya saya mungkin hanya sesuai untuk disimpan begitu saja, dan terbit apabila ada kelebihan ruang untuknya, apabila tidak ada sebuah karyapun dari rakan-rakan penulis yang lainnya, apabila tidak ada sebuah karyapun menjadi yang terbaik dari karya saya sendiri; maka adalah lebih baik apabila ianya terbit jika ada orang yang mahu memahami tentang apa yang tersurat dan tersirat

Empat buku panduan penulisan kreatif.

Imej
Apabila seseorang itu berniat mahu menjadi seorang penulis kreatif, satu hal yang perlu ada dalam hatinya ialah belajar. Begitu juga dalam soal mempelajari serba-serbi penulisan kreatif, kita perlu mempunyai pengetahuan asas yang berkaitan, misalnya dalam penghasilan puisi, cerpen dan novel.  Sejak mengadakan bimbingan menulis melalui blog ini, saya dapati puisi, cerpen dan naskah novel yang sampai ke tangan saya mempunyai kelemahan dan kekurangan yang hampir serupa, baik dari aspek teknik atau format penaipan, mahupun dari aspek teknik penciptaan karya itu sendiri. Kelemahan dan kekurangan itu paling ketara sekali di kalangan bakat baru yang ingin mencuba nasib dalam bidang penulisan kreatif. Oleh yang demikian, untuk catatan saya pada kali ini, saya cuba mengongsikan empat buah judul buku panduan penulisan kreatif yang saya rasa perlu dibaca oleh calon penulis bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut. 1 . Pengalaman Puisi oleh Muhammad Haji Salleh (DBP, Kua

Malas membaca, tapi mahu jadi penulis!

Imej
Seorang rakan telah meminta saya memberikan bimbingan dan membaca naskah novel yang dihasilkannya. Katanya, dia memang gemar menulis, dan naskah novel yang diperlihatkan kepada saya ini adalah merupakan langkah awalnya untuk melatih diri sebelum menceburkan diri dalam bidang penulisan kreatif secara serious .  Saya hanya memerlukan masa selama beberapa hari untuk menunaikan permintaannya, dan mengembalikan naskah novelnya itu berserta dengan pembetulan dan komen yang saya harap akan memberi panduan untuknya memperbaiki naskah novelnya itu. Antara lain saya juga telah menerangkan beberapa unsur yang perlu ada dalam proses penghasilan sesebuah novel, bahan atau subjek yang perlu ada dan yang tidak perlu ada dalam naskah novelnya itu, dan termasuk teknik-teknik dalam penulisan novel. Satu perkara yang sangat membimbangkan saya ialah rakan saya ini adalah seorang pemalas, kerana katanya dia malas meluangkan masanya untuk membaca, tapi mahu jadi seorang penulis. Jika beginila