Catatan

Kewajaran pemberian anugerah pengiktirafan kepada sasterawan tempatan.

Imej
Memandangkan peranan sastera itu dalam membangun negara adalah sama pentingnya dengan bidang-bidang yang lain, golongan penulis sebagai anggota dalam masyarakat juga terlibat sama bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Dalam setiap tamadun, golongan penulis bukan sahaja menjadi pencatat zamanya tetapi dalam banyak hal mereka juga menjadi penjana dan pemimpin pemikiran masyarakatnya. Melalui hasil penulisan dan karya sastera penulisan dan karya sastera dapat menyumbang pada memajukan dan penguasaan bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam yang sekali gus dapat memperkaya khazanah persuratan dan ilmu Bahasa Melayu. Melalui penulisan dan karya sastera yang bermutu dan mempunyai nilai intelek juga, dapat membantu kepada pencapaian wawasan negara dengan membawa masyarakat sama-sama berfikir dan melihat maju ke hadapan untuk bangun dan mendukung hasrat kerajaan dan negara untuk menjadi bangsa dan negara yang maju. Melalui hasil karya saster

one day i wrote about you, and in the end i was tired

Imej

Cetera Merdeka

Imej
[...] Sesekali kudengar gelak ketawa anak-anak muda di pondok taman ini. Mereka semuanya menghadap ke muara sungai yang kulihat mengalir lesu. Aku juga seakan melihat, jauh di hulu, anak sungai lebih deras alirnya. Lebih menderu tatkala mencelah di batu-batu karang yang melintangi arusnya. Jauh berbeza di sini, sampah hanyut di alurnya dan terdampar ke tepi tebing taman. Aku tidak tahu sampah ini hanyut dari mana dan ke mana. Ia telah mencemarkan keindahan taman. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Anak-anak muda di pondok taman mula berterial. Sudah agak lama juga tanah air kita ini mencapai kemerdekaan. Apakah ertinya kemerdekaan bagi mereka. Sebaiknya aku tinggalkan saja taman ini. Sementara kawan yang kutunggu belum juga muncul. Barangkali aku bukanlah seorang yang boleh bersabar dan menunggu begitu lama daripada janji yang telah kami tetapkan bersama. Ada pondok telefon telah disediakan di pintu masuk taman ini, aku menuju ke sana. Anak-anak muda di pondok taman kulihat mula meny

Dari 'Menyulam Kasih' ke 'Selamat Harijadi Mona'.

Imej
Skrip Drama Khas TV 'Selamat Hari Jadi Mona' (2012) adalah skrip terakhir yang pernah saya tulis atas permintaan dan diterbitkan bersama oleh Radio Televisyen Brunei dan Biro Mencegah Rasuah. Saya rasa ini adalah skrip drama TV yang terbaik yang pernah saya hasilkan sejak Drama Khas TV MoU RTB-MediaCorp TV/Suria Singapura 'Menyulam Kasih' (2002). Ini bermakna sudah kira-kira 10 tahun saya melibatkan diri dalam penulisan skrip drama tv, dan ternyata kerjasama dari semua pihak; baik penerbit, pengarah, pelakon, dan kakitangan produksi yang terlibat telah memberikan pengalaman dan satu harapan yang sangat berguna untuk saya menghasilkan skrip yang lebih baik dari ini.

Pantun: menurut pengertian kamus Nusantara dan Barat

Imej
puisi lama Melayu yg biasanya terdiri drpd empat baris dlm tiap-tiap rangkap, yg dua baris pertamanya merupakan pembayang maksud (sampiran) dan dua baris keduanya sbg penerang maksud atau isi pantun: berbalas ~ mengucapkan pantun bersambut-sambutan; 2 ark sj peribahasa yg digunakan sbg sindiran; 3 ark sbg jawapan kpd tuduhan dsb; ~ berkait pantun berkait; ~ berkait pantun yg terdiri drpd beberapa rangkap yg kait-mengait atau sambung-menyambung, mis baris (larik) kedua dan keempat dlm bait pertama diulang semula pd baris-baris pertama dan ketiga dlm bait yg berikutnya; ~ kilat pantun yg hanya terdiri drpd dua baris, bersajak a-a, dan masing-masing merupakan pembayang maksud dan isi; karmina; ~ rantai pantun berkait; [Dipetik dari Kamus Bahasa Melayu Nusantara . Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 2003. hlm 1981] A verse form of Malayan origin. A poem of no determinate lenght, composed of quatrains (q.v.) with internal assonance (q.v.) and rhyming abab. The sec