Catatan

penulis + semangat nasionalisme = survival bangsa

Imej
nasionalisme adalah pemikiran, sikap dan perasaan rakyat (dan kita sebagai penulis) bagi menyatakan keterikatan hubungan emosional dengan bangsa dan negaranya, disertai usaha dan harapan agar negara bangsa kita terus berdaulat dan terhormat martabatnya. jadi kita  perlulah memiliki rasa cinta dan bangga yang mendalam sebagai rakyat di negara ini.  sanggup berkorban untuk mempertahankan negara daripada sebarang ancaman luar dan dalam. inilah faktor penting yang menjadi tunggak kewujudan, survival, dan yang membangkitkan kesetiaan kepada negara bangsa

Kewajaran pemberian anugerah pengiktirafan kepada sasterawan tempatan.

Imej
Memandangkan peranan sastera itu dalam membangun negara adalah sama pentingnya dengan bidang-bidang yang lain, golongan penulis sebagai anggota dalam masyarakat juga terlibat sama bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Dalam setiap tamadun, golongan penulis bukan sahaja menjadi pencatat zamanya tetapi dalam banyak hal mereka juga menjadi penjana dan pemimpin pemikiran masyarakatnya. Melalui hasil penulisan dan karya sastera penulisan dan karya sastera dapat menyumbang pada memajukan dan penguasaan bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam yang sekali gus dapat memperkaya khazanah persuratan dan ilmu Bahasa Melayu. Melalui penulisan dan karya sastera yang bermutu dan mempunyai nilai intelek juga, dapat membantu kepada pencapaian wawasan negara dengan membawa masyarakat sama-sama berfikir dan melihat maju ke hadapan untuk bangun dan mendukung hasrat kerajaan dan negara untuk menjadi bangsa dan negara yang maju. Melalui hasil karya saster

one day i wrote about you, and in the end i was tired

Imej

Cetera Merdeka

Imej
[...] Sesekali kudengar gelak ketawa anak-anak muda di pondok taman ini. Mereka semuanya menghadap ke muara sungai yang kulihat mengalir lesu. Aku juga seakan melihat, jauh di hulu, anak sungai lebih deras alirnya. Lebih menderu tatkala mencelah di batu-batu karang yang melintangi arusnya. Jauh berbeza di sini, sampah hanyut di alurnya dan terdampar ke tepi tebing taman. Aku tidak tahu sampah ini hanyut dari mana dan ke mana. Ia telah mencemarkan keindahan taman. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Anak-anak muda di pondok taman mula berterial. Sudah agak lama juga tanah air kita ini mencapai kemerdekaan. Apakah ertinya kemerdekaan bagi mereka. Sebaiknya aku tinggalkan saja taman ini. Sementara kawan yang kutunggu belum juga muncul. Barangkali aku bukanlah seorang yang boleh bersabar dan menunggu begitu lama daripada janji yang telah kami tetapkan bersama. Ada pondok telefon telah disediakan di pintu masuk taman ini, aku menuju ke sana. Anak-anak muda di pondok taman kulihat mula meny

Dari 'Menyulam Kasih' ke 'Selamat Harijadi Mona'.

Imej
Skrip Drama Khas TV 'Selamat Hari Jadi Mona' (2012) adalah skrip terakhir yang pernah saya tulis atas permintaan dan diterbitkan bersama oleh Radio Televisyen Brunei dan Biro Mencegah Rasuah. Saya rasa ini adalah skrip drama TV yang terbaik yang pernah saya hasilkan sejak Drama Khas TV MoU RTB-MediaCorp TV/Suria Singapura 'Menyulam Kasih' (2002). Ini bermakna sudah kira-kira 10 tahun saya melibatkan diri dalam penulisan skrip drama tv, dan ternyata kerjasama dari semua pihak; baik penerbit, pengarah, pelakon, dan kakitangan produksi yang terlibat telah memberikan pengalaman dan satu harapan yang sangat berguna untuk saya menghasilkan skrip yang lebih baik dari ini.