Catatan

Empat buku panduan penulisan kreatif.

Imej
Apabila seseorang itu berniat mahu menjadi seorang penulis kreatif, satu hal yang perlu ada dalam hatinya ialah belajar. Begitu juga dalam soal mempelajari serba-serbi penulisan kreatif, kita perlu mempunyai pengetahuan asas yang berkaitan, misalnya dalam penghasilan puisi, cerpen dan novel.  Sejak mengadakan bimbingan menulis melalui blog ini, saya dapati puisi, cerpen dan naskah novel yang sampai ke tangan saya mempunyai kelemahan dan kekurangan yang hampir serupa, baik dari aspek teknik atau format penaipan, mahupun dari aspek teknik penciptaan karya itu sendiri. Kelemahan dan kekurangan itu paling ketara sekali di kalangan bakat baru yang ingin mencuba nasib dalam bidang penulisan kreatif. Oleh yang demikian, untuk catatan saya pada kali ini, saya cuba mengongsikan empat buah judul buku panduan penulisan kreatif yang saya rasa perlu dibaca oleh calon penulis bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut. 1 . Pengalaman Puisi oleh Muhammad Haji Salleh (DBP, Kua

Malas membaca, tapi mahu jadi penulis!

Imej
Seorang rakan telah meminta saya memberikan bimbingan dan membaca naskah novel yang dihasilkannya. Katanya, dia memang gemar menulis, dan naskah novel yang diperlihatkan kepada saya ini adalah merupakan langkah awalnya untuk melatih diri sebelum menceburkan diri dalam bidang penulisan kreatif secara serious .  Saya hanya memerlukan masa selama beberapa hari untuk menunaikan permintaannya, dan mengembalikan naskah novelnya itu berserta dengan pembetulan dan komen yang saya harap akan memberi panduan untuknya memperbaiki naskah novelnya itu. Antara lain saya juga telah menerangkan beberapa unsur yang perlu ada dalam proses penghasilan sesebuah novel, bahan atau subjek yang perlu ada dan yang tidak perlu ada dalam naskah novelnya itu, dan termasuk teknik-teknik dalam penulisan novel. Satu perkara yang sangat membimbangkan saya ialah rakan saya ini adalah seorang pemalas, kerana katanya dia malas meluangkan masanya untuk membaca, tapi mahu jadi seorang penulis. Jika beginila

Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Cerpen Kreatif Bahana DBP-BSP 2011

Imej
Majlis ini telah berlangsung kelmarin Sabtu 12 November 2011 di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka sempena sambutan Jubli Emas Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (1961-2011). Majlis ini turut diselajurkan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Peraduan Menulis Rencana, Peraduan Mereka Bentuk Poster, Peraduan Menulis Kertas Cadangan Penyelidikan dan Pertandingan Blogspot Berbahasa Melayu yang kesemuanya mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari orang ramai. Untuk catatan pada kali ini saya hanya tertarik untuk mengongsikan dua perkara mengenai Peraduan Menulis Cerpen Kreatif Bahana DBP-BSP 2011 ini, iaitu mengenai syarat peraduan dan mutu bahasa.  Menurut laporan panel hakim peraduan, sebanyak 102 buah cerpen hasil daripada 87 orang penulis tempatan telah dinilai dari sudut tema, bahasa, kreativiti dan intelektual. Namun dari sisi lain hasil penelitian tersebut, kita juga berasa hairan apabila mendapati masih ada juga di kalangan penulis yang menghant

Siri Kuliah Sastera Bandingan XIV 2011

Imej
Prof. Dr. Ayu Sutarto Pada kali ini saya berpeluang juga menghadiri Siri Kuliah Kesusasteraan Bandingan XIV 2011 yang diadakan di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Kuliah ini disampaikan oleh Prof. Dr. Ayu Sutarto seorang pensyarah di Fakultas Sastra, Universiti Jember, Indonesia yang juga ahli MASTERA Indonesia dengan menyampaikan kuliahnya yang bertajuk "Sastera Bandingan dan Sejarah Sastera". Untuk tajuk siri kuliah pada kali ini, saya sangat tertarik sekali dengan penekanan Prof. Dr. Ayu Sutarto tentang Sastera Bandingan kita pada hari ini dan yang akan datang, iaitu telaah sastera bandingan seharusnya tidak boleh dilepaskan dari sejarah sastera, kerana sastera berbicara tentang perjalanan perasaan dan fikiran manusia dari zaman ke zaman, dan menggunakan bahasa sebagai mediumnya. Pada saat ini, disedari atau tidak, peradapan manusia telah mulai berubah dari suatu peradapan yang dijaga oleh nilai-nilai yang diusung metanarasi menjadi suatu pera

Pantaran Sastera DBP 2011

Imej
Persembahan Sitkom Terus terang saya katakan, saya memang jarang menghadiri acara yang diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ini sejak enam tahun yang lalu. Kehadiran saya dapat dihitung dengan jari, dan hari ini saya berpeluang juga menghadirinya semata-mata kerana ingin bertemu dengan penulis-penulis tanah air dan keinginan untuk mengetahui kegiatan yang berlaku di sekitar bahasa dan sastera tanah air kita ini dalam suasana yang begitu santai. Menariknya kegiatan Pantaran Sastera DBP 2011 pada kali ini disajikan dengan Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan-Peraduan Kegiatan Festival Bahasa dan Sastera yang telah dilaksanakan bermula bulan Mei 2011 hingga bulan Julai 2011 bagi mengemakan Sambutan Jubli Emas Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (1961-2011) yang lalu. Saya ucapkan tahniah kepada para pemenang hadiah, dan berharap ianya akan memupuk semangat dan cinta kita terhadap bahasa, sastera dan budaya di negara ini.

Antologi Sajak 'Suara Dari Pantai' karya Noorhamy

Imej
Oleh kerana didorong rasa ingin tahu, saya beli antologi ini pada harga $5.00 di salah sebuah kedai buku di Sengkurong. Antologi ini diterbitkan oleh Badan Kebudayaan dan Kesenian (B2K) Tutong, 2011. Sehingga kini rasa ingin tahu saya masih saja menuntut saya untuk membacanya, walaupun untuk beberapa minit atau beberapa muka surat atau sebuah dua sajak yang terkandung di dalamnya. Saya benar-benar mengharapkan sesuatu yang terbaru dari penyair ini; sesuatu yang lain dari yang lain; dan luar biasa dari yang biasanya kita baca dan nikmati dari kebanyakan penyair-penyair tempatan kita, apatah lagi jika antologi itu dihasilkan oleh seorang penyair yang sudah sekian lama menulis dan menyuarakan hati nuraninya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Imej
Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua rakan-rakan penulis, khususnya bagi mereka yang beragama Islam, dan kepada semua pembaca blog Puasha Menulis @ the beginning yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini sejak dari mula lagi. Semoga kita akan lebih produktif dalam menulis dan menghasilkan karya-karya yang terbaik demi perkembangan bahasa dan sastera tanah air yang kita cintai ini. Mohon maaf zahir dan batin.

Anak Lembu Kita Sudah Hilang.

Imej
Saya sudah lama tidak menulis untuk Mekar, majalah pelajar pembawa semangat baru terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Oleh kerana majalah itu adalah penerbitan yang pertama memuatkan hasil-hasil tulisan saya ketika mula mahu bergelar menjadi penulis, maka saya kembali menulis untuknya dengan sebuah cerpen yang berjudul Anak Lembu Kita Sudah Hilang . Mungkin ada di antara pembaca Mekar yang masih ingat dengan karya-karya saya, yang pada suatu ketika dahulu masih di bangku sekolah, kini telah menjadi seorang dewasa bersama-sama karya-karya tersebut. Jadi untuk tidak melupakan mereka, saya berasa ada baiknya saya kembali menulis untuk majalah itu lagi. Saya harap cerpen Anak Lembu Kita Sudah Hilang yang terbit di majalah Mekar, Julai 2011 ini akan menjadi nafas baru bagi saya untuk terus memberi sumbangan dan berkarya. Selamat membaca...

Apabila 'kerja menulis' Dijadikan Sebagai Kerjaya.

Imej
Salina Salleh dan karya novelnya. Pada umumnya sesetengah orang beranggapan kerjaya sebagai penulis tidaklah menjanjikan pulangan yang menarik, terutama dari segi kemudahan asas dan kemudahan ekonomi yang lainnya.  Oleh sebab itu kebanyakan penulis lebih selesa untuk mempunyai jawatan atau pekerjaan tetap, sama ada di sektor swasta atau sektor awam sehingga kerja-kerja menulis dijadikan sebagai kerjaya kedua atau secara sambilan sahaja. Namun bagi Salina Salleh, seorang penulis wanita tempatan yang kini terkenal dengan novelnya Wajah Seiras Cinta terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad, Kuala Lumpur lebih suka memilih untuk berkerjaya sebagai seorang penulis sepenuh masa sebagi kerjaya utamanya. Ketika dihubungi melalui mesej rangkaian sosial Facebook, Salina menyatakan, "Saya yakin bahawa bila kita mahukan karya penulisan yang berkualiti dan terdaftar sebagai sebuah masterpiece insyaAllah, kita wajib menjadikan kerjaya penulisan ini sebagi medan untuk cari makan dan tidak terika

Peranan Penulis Sastera Kanak-Kanak Dan Remaja.

Imej
Ponteng Sekolah Saya mula terlibat dalam bidang penulisan sastera kanak-kanak ketika berumur 15 tahun dan bermula dengan sebuah cerpen yang berjudul Ponteng Sekolah . Cerpen itu saya tulis dengan menggunakan tulisan tangan dan terbit di majalah Mekar terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei pada bulan Oktober 1985. Jika awda baca cerpen itu sekarang, awda sudah tentu berasa yakin bahawa itulah hakikatnya hasil sebuah karya yang ditulis oleh seorang remaja. Sebagai seorang remaja yang baru belajar menulis dan mengenali dunia sastera, satu perkara yang ada dalam fikiran saya waktu itu ialah karya itu mesti terbit dan dibaca oleh kawan-kawan sebaya. Bermula dari cerpen itu, saya mula menyedari minat dan bakat saya dalam bidang penulisan kreatif. Maka saya bertambah galak menulis, dan setiap karya atau hasil tulisan saya itu tidak pernah gagal untuk terbit. Saya rasa, saya adalah di antara golongan penulis remaja yang bertuah pada waktu itu. Namun persoalannya sekarang, pada usia dew

Antara Menulis Untuk Penerbitan Atau Peraduan.

Imej
Kebebasan menulis perlu ada. Bagi saya menulis untuk penerbitan atau peraduan, kedua-duanya mempunyai nilai yang sama. Namun begitu ada beberapa hal yang perlu diperhatikan apabila kita mahu memilih atau membezakan antara keduanya. Terutama sekali apabila kita inginkan 'kebebasan' dalam berkarya, sudah tentulah kita akan memilih menulis untuk penerbitan dan menulis secara konsisten. Akan tetapi apabila kita memilih menulis untuk peraduan, kita terpaksa mematuhi syarat-syarat peraduan dengan mengemukakan sebuah karya yang agak komprehensif. Oleh yang demikian, 'kebebasan' menulis sangat terbatas sekali, di samping kita perlu mematuhi tempoh masa yang ditentukan, objektif, dan kriteria penulisan yang telah ditentukan oleh penganjur. Atau, kita akan terlepas dari terpilih sebagai pemenang dan karya kita langsung tidak akan terbit!

Penulis Perlu Lindungi Karya Daripada Ciplakan.

Imej
Dua buah buku panduan hak cipta Ketika menyedari karya kita telah diciplak, apakah tindakan kita sebagai seorang penulis dan pemegang hak cipta karya tersebut. Untuk itu saya syorkan setiap penulis perlu memiliki dua buah buku khas yang dapat dijadikan panduan dan pegangan ketika menghadapi masalah ini, iaitu Panduan Hak Cipta: Karya Kita Hak Kita oleh Nisah Haron terbitan Al-Ameen Serve Holding, Kuala Lumpur, 2008 dan Hak Cipta Dan Hak Berkaitan oleh Rohazar Wati Zuallcobley terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2010.

Tiga Sebab Mengapa Kita Perlu Berhenti Menulis.

Imej
Ada masanya kita perlu berhenti dari menulis dan menerbitkan sebarang karya terbaru. Saya ada tiga sebab; pertama ialah kerana kita memerlukan ruang untuk merenung kembali tentang apa yang pernah kita tulis, dan mendengar segala kritikan; kedua ialah kerana kita memerlukan ruang untuk membaca, dan mempelajari karya penulis lain; ketiga ialah kerana kita memerlukan ruang untuk memperolehi nafas baru bagi menghasilkan karya yang lebih baik dari yang pernah kita hasilkan selama ini.

Skrip Drama TV.

Imej
Sejak akhir-akhir ini saya lebih suka menulis skrip drama tv daripada menulis cerpen atau pun sajak. Tidak tahulah kenapa semangat saya lebih ke sana. Kalau diikutkan, cerpen adalah genre yang terawal ketika saya mula melibatkan diri dalam bidang penulisan kreatif. Selepas itu, sajak dan novel. Dan sekarang ini saya sudahpun mempunyai tiga buah buku bagi ketiga-tiga genre tersebut. Untuk skrip drama tv, saya rasa dalam sedikit masa lagi saya juga mungkin akan mempunyai sebuah buku lagi untuk genre ini.

Kumpulan Sajak 'Pakatan': masih bersesuaian untuk kita renungkan bersama.

Imej
Saya berasa beruntung kerana masih menyimpan dan membaca naskah kumpulan sajak Pakatan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei tahun 1976. Sajak-sajak yang terkandung di dalamnya jelas masih bersesuaian untuk kita renungkan kembali. Apa kata kita ikuti petikan dalam kata Pendahuluan kumpulan sajak ini sebagai ingatan bersama. "Para penya'er tidak dapat lepas daripada pengaroh alam keliling-nya dan perchekchokan dunia sa-jagat. Pakatan telah memuat sajak2 yang menyuarakan 'pandangan2' para penya'er terhadap keadaan sosial, politik dan ekonomi di-sakeliling mereka. Mereka telah membisekkan rasa chinta terhadap tanah ayer dan bangsa, membayangkan pandangan, perasaan dan impian masing-masing. Demikian juga dengan masa'alah2 sa-jagat: kebebasan dan perdamaian. Mereka telah melaungkan supaya perdamaian sa-jagat segera terchipta dan di-pertahankan". [ Pakatan . DBP, Brunei 1976. hal. vii]

Majalah BAHANA, Februari 2011

Imej
ISI KANDUNGAN: Petikan Titah: Menghayati Sunah Rasulullah: Penyakit Menular Dapat Dibanteras, Cerpen: Air Mata Darah oleh Maya Brunei, Esei: Novel Janji Gintamini: Neokolonialisme oleh Mohd. Khairol Nazwan Karim, Wadah Penyair Darussalam, Cerpen: pe.tang. oleh JaBit Abdul Aziz, Esei: Falsafah dalam Sastera: Bicara Erti dan Nilai Kehidupan oleh Sahlan Mohd. Saman, Pairama Sastera: Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP 2009: Mewajahi Penulisan di Bumi Kelahiran Brunei Darussalam oleh Hidop Zin, Persada Puisi Pilihan: A. R. Romzi, Cerpen: Maafkanlah Dosa Ibu... oleh Noraliza Abd. Rahman, Pantun, Esei: "Batu Belah Batu Bertangkup": Isu-Isunya oleh Maslin Haji Jukim, Haiku, Cerpen: Dilema Seorang Ibu oleh Siti Nor Rena Saiman, Sajak Merdeka, Titipan Warga Emas: Terkenang Sekolah Melayu Lela Menchanai oleh Haji Sulaiman Haji Duraman, Sketsa: Mai... Di... Kaa... oleh Ali Bakhtiar, Balada dan Drama: Mahsuri Sebuah Tragedi (adaptasi daripada Legenda Pulau Langkawi) oleh Ena Herni Wasli.

Majalah BAHANA, Januari 2011

Imej
ISI KANDUNGAN: Petikan Titah: Kita Perlu Berpijak di Bumi Nyata, Cerpen: Arus Kehidupan oleh Khairul Bariah Haji Hishamuddin, Wadah Penyair Darussalam, Esei: Unsur Pertautan dan Keseimbangan dalam Pantun Melayu oleh AS, Cerpen: Mulut Buaya Si Mulut Naga oleh A'alya Iqasya, Persada Puisi Pilihan: Dino M. N., Sajak, Pairama Sastera: Teater Bangsawan "Keris Menjadi Saksi" Satu Dimensi Baru dan Cetusan Pemikiran Pencinta Seni oleh Zwan, Esei: Contoh-contoh Keterikatan antara Sastera Rakyat dengan Sastera Klasik Melayu yang Bertulis oleh Balqis Basyarah, Pantun, Cerpen: Jangan Lupa oleh Chong Ah Fok, Haiku, Esei: Moral dalam Novel Mangsa Karya Ampuan Haji Brahim Ampuan Haji Tengah oleh A. Amin Jamaluddin, Cerpen: Dosa oleh Awie dan Balada.

Cerpen "Ambuk", Bahana Bil. 329 Jil. 45 April 2010

Imej
Ini adalah cerpen terbaru saya terbit di majalah Bahana, April 2010 yang lalu. Kalau dilihat dari segi gaya penulisan atau bahasanya, tidak banyak yang berubah. Saya memang selesa dengan gaya ini, dan akan terus menulis seperti 'apa adanya'. Secara teorinya, setiap penulis itu memiliki gaya yang tersendiri dalam mengemukakan buah fikiran atau sesuatu isu kepada pembacanya, dan gaya itu tentu saja mewakili suara atau personaliti penulisnya. Cerpen "Ambuk", Bahana Bil. 329 Jil. 45 April 2010

Majalah Bahana terbitan bulan Disember 2010

Imej
Berikut ialah Isi Kandungan majalah Bahana terbitan bulan Disember 2010. Petikan Titah: Mendekati-Nya Perkara Berat Menjadi Ringan, Sekalung Tahniah: kepada Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara 2010, kepada Yang Mulia Awang Haji Mohd. Salleh bin Abdul Latif penerima Hadiah Sastera MASTERA 2009, dan kepada Yang Mulia Awang Puasa bin Kamis penerima Hadiah Penghargaan Sastrawan Muda MASTERA 2010 bagi Negara Brunei Darussalam, Cerpen: Manusia oleh Puitis Semalam, Esei: Unsur Persamaan dan Perbezaan Watak dan Perwatakan serta Fungsi Cerita Jenaka Melayu Nusantara: "Si Kabayan", "Pak Pandir" dan "Pak Saloi" oleh Asmah Asnie, Wadah Penyair Darussalam, Cerpen: Drama Dapur oleh Maya Brunei, Esei: Kritikan Sosial Sajak-Sajak dalam Majalah Bahana 1999, Persada Puisi Pilihan: M. S. Sofian, Pairama S

Majalah Bahana terbitan bulan November 2010

Imej
Berikut ialah Isi Kandungan majalah Bahana terbitan bulan November 2010. Petikan Titah: Universiti Cemerlang Perlu Penuhi Piawaian Antarabangsa, Cerpen: Pak Tua oleh Az, Wadah Penyair Darussalam, Esei: Teori Semiotik dalam Cerpen "Abdul" oleh As-Sajdah HMK, Cerpen: Syarafana oleh A'alya Iqasya, Pantun, Esei: Sastera Hikayat Brunei: nilai-nilai Budaya dan Perbandingan oleh Hajah Siti Norakhbariah Haji Tajudin, Sajak, Pairama Sastera: Peraduan Baca Puisi Islam: semarak sastera dalam Ramadan oleh Hidup Zin, Persada Puisi Pilihan: Yun Seroja, Cerpen: Berdampinglah Denganmu Mambang oleh MyCandy, Syair, Esei: Datu Haji Ahmad: legenda tokoh keagamaan oleh Maslin Haji Jukim, Cerpen: Pincang Jangan Sekali oleh Pungguk Hijau, Sketsa: Terima Kasih Semua... oleh Zaidah HR dan Drama: Kemangkatan Romantis Srikandi Negara oleh Haji Ali HJP

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Imej
Ketika ini Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei sedang membukakan penyertaan bagi Peraduan Menulis Karangan Majalah Mekar DBP dan Majalah Juara Pelajar DBP, Peraduan Menulis Cerpen Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP, dan Peraduan Menulis Rencana Beriga sempena Jubli Emas (50 Tahun) Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (1961-2011). Murid-murid, penulis-penulis dan orang ramai yang berminat untuk menyertai peraduan-peraduan tersebut bolehlah mendapatkan borang penyertaan melalui terbitan majalah Mekar , Juara Pelajar , Bahana , dan Beriga .

Majalah Bahana terbitan bulan Oktober 2010

Imej
Bahana, Oktober 2010 Berikut ialah Isi Kandungan majalah Bahana bulan Oktober 2010. Petikan Titah: Ibarat Qalam Tanpa Dakwat dan Pensel, Cerpen: Yaumussabti oleh pengiranmetassan@yahoo.com, Esei: Analisis Puisi "Nama Mana Nantinya" oleh Asy 1607, Wadah Penyair Darussalam, Esei: Catatan Misteri oleh adibuana@live.com, Persada Puisi Pilihan: Mycandy, Pairama Sastera: Malam Puisi Titian Kasih 2010 Menggabung Karyawan Seni oleh Hidup Zin, Sajak, Cerpen: Cinta Pemicu Semangat oleh Haji Mohd Salleh Abdul Latif, Pantun, Esei: Legenda "Liau Damit yang Gagah": Sarang Tabuan yang Dijuluk oleh Maslin Haji Jukim, Monolog: Putaran Masa oleh Maya Brunei, Cerpen: Tiba-tiba Saja Berjalan Kaki ke Bulan oleh Alrinminggas, Esei: Cerita Binatang yang Terdapat dalam Sastera Rakyat Brunei Darussalam: Fungsi, Terapan Pemikiran dan Moralnya oleh Fariz Ridhwan, Sajak Aidilfitri, Cerpen: Dosa Semalam oleh Siti Norhazirah Haji Ahmad, Sembang Karya: Garininya Sampai ke China oleh Ali Bakhti

Majalah Bahana terbitan bulan September 2010

Imej
Bahana, September 2010 Berikut ialah Isi Kandungan majalah Bahana terbitan bulan September 2010. Petikan Titah: Al-Quran Adalah Penawar, Cerpen: Kesudahan yang Akhir oleh Fathin, Wadah Penyair Darussalam, Esei: Legenda Pendosa "Ajung Si Untak": peringatan sebelum berdosa oleh Maslin Haji Jukim, Cerpen: pe.ce.pec. oleh JaBiT Abdul Aziz, Persada Puisi Pilihan: Firdaus H. N., Esei: Drama "Bisikan Purih Tuntutan Pancir" dalam Antologi Warisan Sebuah Wasiat: analisis pendekatan struktural oleh Khairul Bariah Haji Hishamuddin, Pairama Sastera: Program Penulisan MASTERA: Drama Hotel Puri Avia, Cipayung, Bogor, Indonesia 19 Julai hingga 24 Julai 2010 oleh Masni HA, Esei: Imej Wanita dalam Cerpen "Perempuan" oleh Ayeen, Cerpen: Kubur Suran oleh Hajah Nor Rahmat Sidin, Esei: Kajian Kritikan Mimetik: Hubungan Karya Sastera dengan Alam dalam Sajak "Solat" oleh Zwan, Cerpen: Tebing... Sungai dan Ombak oleh Maya Brunei, Syair, Drama Pentas: Dunia Intelek ol

Media Permata dan Ruangan Sastera

Imej
Nampaknya sehingga kini akhbar-akhbar tempatan kita masih belum dapat memenuhi harapan kaum penulis sastera kita di negara ini.  Media Permata, khususnya edisi minggu yang dahulunya menyediakan satu ruangan khusus 'sastera' kini telah tidak lagi menggunakan perkataan 'sastera' bagi ruangan yang menyiarkan karya-karya yang berbentuk misteri, cerpen, puisi atau sajak dari para penulis kita di negara ini.  Sebaliknya ruangan itu dinamakan pula sebagai ruangan 'memori'. Entah kenapakah nama itu yang dipilih. Mungkinkah perkataan 'memori' atau 'cerita-cerita yang berunsur memori' ini lebih banyak memikat hati para pembaca dan membeli akhbar tersebut daripada menggunakan perkataan 'sastera' yang kedengarannya agak terlalu serious . Walau bagaimanapun kita tidaklah menyalahkan penerbit atau sidang editor akhbar tersebut secara seratus peratus. Masih banyak perkara yang perlu kita lihat kenapa hal ini berlaku.  Jika dilihat dari sudut sumbang

Sedikit berita mengenai Drama TV Khas - 'Kembali Ke Pangkal Jalan'.

Imej
Pada mulanya saya fikir ini adalah berita mengenai kejadian sebenar. Rupa-rupanya ia adalah sebahagian dari kisah dalam babak skrip drama yang saya hasilkan yang berjudul 'Kembali Ke Pangkal Jalan' yang sekarang sedang menjalani penggambaran. Inilah sebahagian dari teknik dan gaya kewartawanan akhbar tempatan yang diguna untuk memancing perhatian pembaca dan penggemar rancangan drama TV kita di negara ini. ----------------------------------------------------------------- Isteri 'terkejut' suami dipukul pengedar dadah. Oleh Hasrulraizan BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jan - Seorang isteri telah dikejutkan tengah malam tadi apabila melihat suaminya yang menjadi 'mangsa pukul' dipapah pulang ke rumah oleh dua orang kawan rapat suaminya. Suri rumah bernama Lina itu sukar untuk mempercayai apa yang telah berlaku ke atas suaminya itu yang lebam di kawasan dagu dan masih kelihatan sisa darah kering melekit di bawah lubang hidung dan atas bibir suaminya itu. Amir

Majalah Bahana terbitan bulan Ogos 2010

Imej
Saya tidak lupa mengucapkan selamat tahun baru 2011 masihi kepada para pembaca yang setia mengikuti perkembangan blog ini. Sebagai pelanggan tetap majalah Bahana dan juga sebagai penulis, saya sendiri berasa agak lemah dan malas juga untuk melangkah jauh ke depan. Apatah lagi untuk membuka semangat dan sebuah azam baru dengan sebuah harapan yang tinggi mengunung.  Begitulah juga agaknya dengan majalah Bahana yang sehingga kini masih ketinggalan dari segi isu dan tarikh terbitannya. Kerana sehingga sekarang saya baru saja menerima majalah Bahana terbitan bulan Ogos 2010, pada hal kita sudah berada pada bulan Januari 2011 yang terasa begitu cepat pergerakannya, sesuai dengan peredaran masa dan zaman yang mengisi corak kehidupan kita pada ketika ini. Sesuai dengan kesederhanaannya, mahu tidak mahu majalah ini tetap lahir dan menjadi santapan para penulis serta peminat sastera kita. Untuk itu, berikut ialah Isi Kandungan majalah Bahana terbitan bulan Ogos 2010. Petikan Titah: MIB Jiwa R