Catatan

Antologi Sajak Ahli ASTERAWANI sempena Pelayaran Emas 50 Tahun ASTERAWANI

Imej
Pada 9hb. Julai 2012 yang lalu ASTERAWANI telah mengadakan sambutan ulang tahunnya yang ke-50 tahun yang diibaratkan sebagai sebuah perahu atau bahtera yang mengharungi riak dan gelombang kehidupan ini dengan penuh semangat, khususnya di dalam mencapai cita-cita murni untuk memelihara, mengembangkan dan memertabatkan bahasa dan sastera tanah air. Justeru itu,   Antologi Sajak Ahli ASTERAWANI sempena Pelayaran Emas 50 Tahun ASTERAWANI ini telah sampai ke tangan kita dengan menampilkan penyair-penyair tanah air ternama dan penting dalam sejarah perkembangan kesusasteraan Brunei moden, iaitu yang terdiri dari penyair-penyair berpendidikan Universiti Al-Azhar, Mesir; penyair-penyair berpendidikan maktab perguruan atau golongan guru; dan   penyair-penyair bukan berpendidikan maktab perguruan atau golongan guru.

Young Dreams dari Nurul Izzati

Imej
T idak banyak penulis kita yang mahu mencuba nasib menulis dalam Bahasa Inggeris walau pun sudah bertahun-tahun melibatkan diri dalam bidang penulisan kreatif, khususnya dalam Bahasa Melayu. Bagi saya, jika kita mampu menguasai kedua-dua bahasa   ini atau lebih, perbendaharaan kata dalam kamus penulisan kita akan bertambah baik dan kita akan lebih produktif. Kumpulan puisi Young Dreams adalah salah s ebuah karya yang ditulis dalam B ahasa Inggeris dari tangan seorang penulis muda yang bernama Nurul Izzati Haji Mohammed Jamil yang bertemakan cinta, persahabatan, kesetiaan, cita-cita dan impian, serta kepercayaan mengenai ketuhanan. Young Dreams ditulis sejak tahun 2004 hingga 2007 sehingga dipilih sebagai The Best Poems and Poets of 2007 yang menurut poetry.co m mempunyai visi yang sangat menarik dan unik.

Apabila puisi kita diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris

Imej
Sebanyak dua buah kumpulan puisi telah berhasil saya tulis dan diterbitkan, dan sekarang saya cuba pula terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris bagi melihat sejauh mana bahasa puisi kita boleh berpindah ke dalam bahasa Inggeris dan menepati makna atau maksud [atau; terminologi] bahasa puisi yang telah kita tulis dalam bahasa Melayu. Berikut ini adalah salah sebuah contoh puisi yang pernah saya tulis yang berjudul 'Nostalgia' dari Kumpulan Puisi Nakhoda Manis: pelayaran kedua , DBP, Brunei: 2009 pada halaman 9, dan saya terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris - khusus bagi mereka yang berminat membaca serta menghayatinya dalam bahasa Inggeris;

Antologi Sajak Kesepakatan Warga Emas - Amas Tampawan

Imej
Sahabat terbaik saya ialah seseorang yang memberi buku yang belum pernah saya baca - ini saya petik dari kata-kata Abraham Lincoln. Ada beberapa orang yang berbuat begitu, dan saya masih ingat mereka semua. Manakala antologi sajak Amas Tampawan baharu sahaja saya terima dari salah seorang penulis puisi dalam buku tersebut, iaitu Haji Duming @ Domeng bin Haji Abdul Wahab (Adi Wahab). Buku setebal 308 halaman dan berharga BND$6.00 (kulit nipis) yang mengandungi puisi dari 14 orang penulis 'amas tampawan' yang sudah berusia lebih dari 60 tahun ini memang disedari mempunyai nilai yang sangat unik dan utuh, serta perlu awda baca sementara kita juga mempunyai hasrat yang sama seperti mereka.

Statistik Khalayak Pengunjung Puasha.com

Imej
Berikut adalah statistik khalayak pengunjung Puasha.com yang dicatatkan sejak Mei 2010 hingga September 2015. Puasha.com tidak lupa mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan awda semua. (Sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)

4 Gaya Aliran Utama dalam Karya Novel Brunei

Imej
Gaya aliran dalam karya sastera adalah berbeza dari seorang penulis kepada seorang penulis yang lain. Aliran-aliran tersebut akan terus berkembang dan terus menemukan aliran-aliran baru pada abad yang akan datang, sesuai dengan hakikat sastera bahawa ia bersifat dinamis. Keempat-empat aliran tersebut ialah klasisisme, romantisisme, modenisme, dan pascamodenisme yang akan dapat dikesan melalui ciri-cirinya sebagai pengenal gaya aliran seseorang penulis atau sesebuah karya yang dihasilkan dalam satu aliran tertentu. Daripada analisis dan perbandingan terhadap perkembangan aliran novel-novel Brunei, maka berikut (lihat gambar) adalah senarai beberapa orang penulis berserta novel-novelnya mengikut periode gaya aliran utama dalam kesusasteraan; Sumber rujukan: Haji Mohd. Ali Haji Radin, 2001. Beberapa Teknik Pascamodenisme Dalam Beberapa Novel Brunei . Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4 Buah Buku 'Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP' Yang Perlu Awda Baca

Imej
Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP diadakan pada setiap tahun dan dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei bermula pada tahun 1989 yang lalu. Hadiah diberi kepada para penulis yang telah berjaya menghasilkan karya yang terbaik dari kategori cerpen dan sajak yang terbit dalam majalah Bahana oleh Panel Hakim yang dilantik. Berikut adalah 4 buah buku antologi cerpen dan sajak yang pernah memenangi hadiah tersebut, dan perlu awda baca; Meniti Jambatan Usia ; memuatkan 22 buah cerpen dan 20 buah sajak yang pernah memenangi Hadiah Kreatif Bahana bagi tahun 1989, 1990, 1993 dan 1994 kecuali bagi tahun 1991 dan 1992 yang tidak ada pemilihan Hadiah Kreatif Bahana . Antologi ini diharapkan dapat memenuhi selera dan menggugah minda pembaca, terutama kepada para pengkaji sastera tempatan yang ingin melihat karya bermutu di negara ini. Sungai Si Arau ; memuatkan 17 buah sajak dan 17 buah cerpen yang memenangi Hadiah Kreatif Bahana bagi tahun 1995, 1996, dan 1997. Antologi ini boleh dikata