Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

Forum SAKAT "Kota, Teknologi dan Kemanusiaan".

Imej
Sebagai rangkaian kegiatan dalam Sidang Ke-25 Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) 2019, satu sesi forum dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT) dan Penyampaian Hadiah Terjemahan MASTERA 2019 yang bertema "Kota, Teknologi dan Kemanusiaan" telah berlangsung di The Pod, Lembaga Perpustakaan Negara, Singapura pada 29 September yang lalu.

Forum ini adalah sebuah wadah wacana ilmu dan sastera - maka sebagai penulis saya telah turut terpanggil sebagai panelis forum bagi mewakili MASTERA Negara Brunei Darussalam.

Kota sebagai peradaban memperlihat kekuatan dan kelemahan manusia. Teknologi memberi kemudahan kehidupan dan merancakkan pembangunan. Namun, teknologi boleh juga menghancurkan.

Di sinilah kemanusiaan harus tampil agar kita dengan bijaksana menggunakandan membangunkan teknologi. Kota yang mahu kita bina akan punah sekiranya kedua-dua teknologi dan kemanusiaan tidak seimbang.
Di antara lain persoalan utama yang timbul dalam sesi forum tersebut ialah, …