Catatan

Peraduan Menulis Novel Islam

Imej
Peraduan Menulis Novel Islam sempena 25 Tahun Penubuhan Pusat Dakwah Islamiah 1985-2010 akan ditutup penyertaannya pada hari Khamis 30 Disember 2010.  Peraduan yang julung kalinya diadakan oleh Pusat Dakwah Islamiah ini terbuka kepada rakyat dan penduduk tetap Brunei yang berumur 18 tahun ke atas dengan menggunakan tulisan rumi bahasa Melayu tidak kurang dari 30,000 patah perkataan. Juara akan membawa pulang wang tunai $12,000, manakala naib juara $8,000 dan pemenang ketiga pula $5,000. Setiap pemenang hadiah penghargaan pula akan mendapat wang tunai $2,000.   Borang penyertaan dan keterangan lanjut peraduan boleh diperoleh daripada Urus Setia Peraduan Menulis Novel Islam Sempena Jubli Perak Penubuhan Pusat Dakwah Islamiah di Pusat Dakwah Islamiah, Jalan Kebangsaan, Kampung Pulaie, Berakas BB 4310 dan dari Unit Dakwah di setiap daerah.

Seminar, Bengkel dan Festival Pantun MASTERA 2010

Imej
Seminar, Bengkel dan Festival Pantun MASTERA 2010 adalah yang disepakati sebagai kegiatan MASTERA Brunei Darussalam yang diselanggarakan oleh MASTERA Brunei Darussalam dengan kerjasama MASTERA Indonesia dan MASTERA Malaysia. Projek lintas budaya itu adalah usaha untuk mengekalkan warisan bangsa Melayu di Nusantara khususnya Pantun Melayu. Usaha itu juga dapat memperkaya khazanah Pantun Melayu di kalangan belia negara yang memberi peluang kepada pesertanya untuk menghadiri seminar sehari suntuk, diikuti dengan bengkel dan festival pantun di Daerah Temburong dan Daerah Belait. Seminar telah berlangsung pada hari ini, Rabu 15 Disember 2010 di Balai Syarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka. Pemakalah seminar adalah terdiri daripada pakar-pakar pantun dari Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, dan Singapura, di antaranya ialah Prof. Madya Dr. Haji Hashim bin Haji Abdul Hamid, Dr. Haji Morsidi bin Haji Muhamad, Awang Haji Mohd. Yassin bin Haji Hassan, Prof. Dr. Ayu Sutarto, Hajah Zaiton bint

Majalah Bahana terbitan bulan Julai 2010

Imej
Berikut adalah Isi Kandungan majalah Bahana terbitan bulan Julai 2010. Petikan Titah: Masjid Jangan Malap Bisa Dijauhi Masyarakat, Cerpen: Pengalaman di Masjid Nabawi oleh Haji Awang Mohammad Haji Timbang, Wadah Penyair Darussalam, Esei: Melahirkan Sebuah Skrip Drama Televisyen Kanak-Kanak oleh Haji Md. Hussain Abdul Rahman, Cerpen: Hujung Jalan oleh Balqis Basyarah, Esei: Folklor Lisan Cerita "Wasai Bedanu": Virus "Iri Hari" oleh Maslin Haji Jukim, Pairama Sastera: Pelancaran Laman Web Sasterawan Brunei, Pameran Media Sastera, dan Pementasan Teater: Wadah Pengkarya oleh Hidup Zin, Persada Puisi Pilihan: HM Tasra, Cerpen: Rama-Rama di Tapak Tangan oleh Maya Brunei, Balada, Esei: Pewarnaan Islam dalam Sajak "Pada-Mu Hidup Matiku" oleh Mas Malinja oleh AS, Gurindam, Cerpen: Penyesalan oleh Zura, Syair, Esei: Drama "Pancir Kesatria Tongkat Negara": cerminan patriotisme Karya A. Rahman Yusof oleh Nadiah Haji Kamis, Pantun, Monolog: Sindir Kasih Menyi

Pertemuan Sasterawan Brunei Ke-5

Imej
Pertemuan Sasterawan Brunei (PSB) akan diadakan pada hari Rabu dan Khamis, 2-3 Muharram 1432 bersamaan 8-9 Disember 2010 yang akan datang bertempat di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong. Pertemuan ini adalah merupakan kegiatan kebangsaan dan ia merupakan satu pertemuan besar dan tinggi nilainya kepada anak bangsa Brunei terutama yang sama-sama terlibat dalam mengangkat martabat, mengembang majukan sastera dan mengharumkan nama negara. Pertemuan pada tahun ini merupakan pertemuan yang lebih bermakna sejak bermulanya pertemuan pertama pada tahun 2001 iaitu Pertemuan Penulis Brunei ke-1 (PSB). Pertemuan Sasterawan Brunei Ke-5 (PSB Ke-V) diungkayahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan dengan kerjasama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam sama-sama mengangkat martabat sastera Melayu. Pertemuan yang diungkayahkan kali ini merupakan sebagai pentas arena penulis-penulis tanah air bagi sama-sama mengongsikan pengalaman sepanjang penglibatan mereka di pertemuan atas persidangan peringka

Antologi Cerpen dan Puisi: Mitos Pencarian [Hadiah Kreatif Bahana 1998-2001]

Imej
Antologi cerpen dan puisi M itos Pencarian memuatkan 19 buah cerpen dan 38 buah sajak termasuk haiku, pantun, dan syair yang memenangi Hadiah Kreatif Bahana bagi tahun 1998, 1999, 2000, dan 2001. Antologi ini adalah lanjutan daripada antologi 'S ungai Siarau ' yang memuatkan cerpen-cerpen dan sajak-sajak yang memenangi Hadiah Kreatif Bahana tahun 1994, 1995, 1996, dan 1997. Walaupun sejak akhir-akhir ini kepelbagaian aliran penulisan amat ketara, namun kecenderungan dan dinamisme ke arah aliran muktahir semakin mendapat perhatian. Aliran hiper modenisme ini beransur-ansur digemari untuk mengisi ruang pascamodenisme yang melatari perkembangan sastera tanah air. Penulis berpotensi yang meraih sebarang kejayaan, selalunya menumpukan usaha menghasilkan karya sama ada cerpen, sajak, novel, dan seumpamanya melalui bakat dan kekuatan minda dengan memberikan tumpuan komponen-komponen sastera seperti teknik pengolahan, gaya bahasa, penampilan mesej, penonjolan perwatakan, kesatuan ce