Catatan

Media Permata dan Ruangan Sastera

Imej
Nampaknya sehingga kini akhbar-akhbar tempatan kita masih belum dapat memenuhi harapan kaum penulis sastera kita di negara ini.  Media Permata, khususnya edisi minggu yang dahulunya menyediakan satu ruangan khusus 'sastera' kini telah tidak lagi menggunakan perkataan 'sastera' bagi ruangan yang menyiarkan karya-karya yang berbentuk misteri, cerpen, puisi atau sajak dari para penulis kita di negara ini.  Sebaliknya ruangan itu dinamakan pula sebagai ruangan 'memori'. Entah kenapakah nama itu yang dipilih. Mungkinkah perkataan 'memori' atau 'cerita-cerita yang berunsur memori' ini lebih banyak memikat hati para pembaca dan membeli akhbar tersebut daripada menggunakan perkataan 'sastera' yang kedengarannya agak terlalu serious . Walau bagaimanapun kita tidaklah menyalahkan penerbit atau sidang editor akhbar tersebut secara seratus peratus. Masih banyak perkara yang perlu kita lihat kenapa hal ini berlaku.  Jika dilihat dari sudut sumbang

Sedikit berita mengenai Drama TV Khas - 'Kembali Ke Pangkal Jalan'.

Imej
Pada mulanya saya fikir ini adalah berita mengenai kejadian sebenar. Rupa-rupanya ia adalah sebahagian dari kisah dalam babak skrip drama yang saya hasilkan yang berjudul 'Kembali Ke Pangkal Jalan' yang sekarang sedang menjalani penggambaran. Inilah sebahagian dari teknik dan gaya kewartawanan akhbar tempatan yang diguna untuk memancing perhatian pembaca dan penggemar rancangan drama TV kita di negara ini. ----------------------------------------------------------------- Isteri 'terkejut' suami dipukul pengedar dadah. Oleh Hasrulraizan BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jan - Seorang isteri telah dikejutkan tengah malam tadi apabila melihat suaminya yang menjadi 'mangsa pukul' dipapah pulang ke rumah oleh dua orang kawan rapat suaminya. Suri rumah bernama Lina itu sukar untuk mempercayai apa yang telah berlaku ke atas suaminya itu yang lebam di kawasan dagu dan masih kelihatan sisa darah kering melekit di bawah lubang hidung dan atas bibir suaminya itu. Amir

Majalah Bahana terbitan bulan Ogos 2010

Imej
Saya tidak lupa mengucapkan selamat tahun baru 2011 masihi kepada para pembaca yang setia mengikuti perkembangan blog ini. Sebagai pelanggan tetap majalah Bahana dan juga sebagai penulis, saya sendiri berasa agak lemah dan malas juga untuk melangkah jauh ke depan. Apatah lagi untuk membuka semangat dan sebuah azam baru dengan sebuah harapan yang tinggi mengunung.  Begitulah juga agaknya dengan majalah Bahana yang sehingga kini masih ketinggalan dari segi isu dan tarikh terbitannya. Kerana sehingga sekarang saya baru saja menerima majalah Bahana terbitan bulan Ogos 2010, pada hal kita sudah berada pada bulan Januari 2011 yang terasa begitu cepat pergerakannya, sesuai dengan peredaran masa dan zaman yang mengisi corak kehidupan kita pada ketika ini. Sesuai dengan kesederhanaannya, mahu tidak mahu majalah ini tetap lahir dan menjadi santapan para penulis serta peminat sastera kita. Untuk itu, berikut ialah Isi Kandungan majalah Bahana terbitan bulan Ogos 2010. Petikan Titah: MIB Jiwa R

Peraduan Menulis Novel Islam

Imej
Peraduan Menulis Novel Islam sempena 25 Tahun Penubuhan Pusat Dakwah Islamiah 1985-2010 akan ditutup penyertaannya pada hari Khamis 30 Disember 2010.  Peraduan yang julung kalinya diadakan oleh Pusat Dakwah Islamiah ini terbuka kepada rakyat dan penduduk tetap Brunei yang berumur 18 tahun ke atas dengan menggunakan tulisan rumi bahasa Melayu tidak kurang dari 30,000 patah perkataan. Juara akan membawa pulang wang tunai $12,000, manakala naib juara $8,000 dan pemenang ketiga pula $5,000. Setiap pemenang hadiah penghargaan pula akan mendapat wang tunai $2,000.   Borang penyertaan dan keterangan lanjut peraduan boleh diperoleh daripada Urus Setia Peraduan Menulis Novel Islam Sempena Jubli Perak Penubuhan Pusat Dakwah Islamiah di Pusat Dakwah Islamiah, Jalan Kebangsaan, Kampung Pulaie, Berakas BB 4310 dan dari Unit Dakwah di setiap daerah.

Seminar, Bengkel dan Festival Pantun MASTERA 2010

Imej
Seminar, Bengkel dan Festival Pantun MASTERA 2010 adalah yang disepakati sebagai kegiatan MASTERA Brunei Darussalam yang diselanggarakan oleh MASTERA Brunei Darussalam dengan kerjasama MASTERA Indonesia dan MASTERA Malaysia. Projek lintas budaya itu adalah usaha untuk mengekalkan warisan bangsa Melayu di Nusantara khususnya Pantun Melayu. Usaha itu juga dapat memperkaya khazanah Pantun Melayu di kalangan belia negara yang memberi peluang kepada pesertanya untuk menghadiri seminar sehari suntuk, diikuti dengan bengkel dan festival pantun di Daerah Temburong dan Daerah Belait. Seminar telah berlangsung pada hari ini, Rabu 15 Disember 2010 di Balai Syarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka. Pemakalah seminar adalah terdiri daripada pakar-pakar pantun dari Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, dan Singapura, di antaranya ialah Prof. Madya Dr. Haji Hashim bin Haji Abdul Hamid, Dr. Haji Morsidi bin Haji Muhamad, Awang Haji Mohd. Yassin bin Haji Hassan, Prof. Dr. Ayu Sutarto, Hajah Zaiton bint