Catatan

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Imej
Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua rakan-rakan penulis, khususnya bagi mereka yang beragama Islam, dan kepada semua pembaca blog Puasha Menulis @ the beginning yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini sejak dari mula lagi. Semoga kita akan lebih produktif dalam menulis dan menghasilkan karya-karya yang terbaik demi perkembangan bahasa dan sastera tanah air yang kita cintai ini. Mohon maaf zahir dan batin.

Anak Lembu Kita Sudah Hilang.

Imej
Saya sudah lama tidak menulis untuk Mekar, majalah pelajar pembawa semangat baru terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Oleh kerana majalah itu adalah penerbitan yang pertama memuatkan hasil-hasil tulisan saya ketika mula mahu bergelar menjadi penulis, maka saya kembali menulis untuknya dengan sebuah cerpen yang berjudul Anak Lembu Kita Sudah Hilang . Mungkin ada di antara pembaca Mekar yang masih ingat dengan karya-karya saya, yang pada suatu ketika dahulu masih di bangku sekolah, kini telah menjadi seorang dewasa bersama-sama karya-karya tersebut. Jadi untuk tidak melupakan mereka, saya berasa ada baiknya saya kembali menulis untuk majalah itu lagi. Saya harap cerpen Anak Lembu Kita Sudah Hilang yang terbit di majalah Mekar, Julai 2011 ini akan menjadi nafas baru bagi saya untuk terus memberi sumbangan dan berkarya. Selamat membaca...

Apabila 'kerja menulis' Dijadikan Sebagai Kerjaya.

Imej
Salina Salleh dan karya novelnya. Pada umumnya sesetengah orang beranggapan kerjaya sebagai penulis tidaklah menjanjikan pulangan yang menarik, terutama dari segi kemudahan asas dan kemudahan ekonomi yang lainnya.  Oleh sebab itu kebanyakan penulis lebih selesa untuk mempunyai jawatan atau pekerjaan tetap, sama ada di sektor swasta atau sektor awam sehingga kerja-kerja menulis dijadikan sebagai kerjaya kedua atau secara sambilan sahaja. Namun bagi Salina Salleh, seorang penulis wanita tempatan yang kini terkenal dengan novelnya Wajah Seiras Cinta terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad, Kuala Lumpur lebih suka memilih untuk berkerjaya sebagai seorang penulis sepenuh masa sebagi kerjaya utamanya. Ketika dihubungi melalui mesej rangkaian sosial Facebook, Salina menyatakan, "Saya yakin bahawa bila kita mahukan karya penulisan yang berkualiti dan terdaftar sebagai sebuah masterpiece insyaAllah, kita wajib menjadikan kerjaya penulisan ini sebagi medan untuk cari makan dan tidak terika

Peranan Penulis Sastera Kanak-Kanak Dan Remaja.

Imej
Ponteng Sekolah Saya mula terlibat dalam bidang penulisan sastera kanak-kanak ketika berumur 15 tahun dan bermula dengan sebuah cerpen yang berjudul Ponteng Sekolah . Cerpen itu saya tulis dengan menggunakan tulisan tangan dan terbit di majalah Mekar terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei pada bulan Oktober 1985. Jika awda baca cerpen itu sekarang, awda sudah tentu berasa yakin bahawa itulah hakikatnya hasil sebuah karya yang ditulis oleh seorang remaja. Sebagai seorang remaja yang baru belajar menulis dan mengenali dunia sastera, satu perkara yang ada dalam fikiran saya waktu itu ialah karya itu mesti terbit dan dibaca oleh kawan-kawan sebaya. Bermula dari cerpen itu, saya mula menyedari minat dan bakat saya dalam bidang penulisan kreatif. Maka saya bertambah galak menulis, dan setiap karya atau hasil tulisan saya itu tidak pernah gagal untuk terbit. Saya rasa, saya adalah di antara golongan penulis remaja yang bertuah pada waktu itu. Namun persoalannya sekarang, pada usia dew

Antara Menulis Untuk Penerbitan Atau Peraduan.

Imej
Kebebasan menulis perlu ada. Bagi saya menulis untuk penerbitan atau peraduan, kedua-duanya mempunyai nilai yang sama. Namun begitu ada beberapa hal yang perlu diperhatikan apabila kita mahu memilih atau membezakan antara keduanya. Terutama sekali apabila kita inginkan 'kebebasan' dalam berkarya, sudah tentulah kita akan memilih menulis untuk penerbitan dan menulis secara konsisten. Akan tetapi apabila kita memilih menulis untuk peraduan, kita terpaksa mematuhi syarat-syarat peraduan dengan mengemukakan sebuah karya yang agak komprehensif. Oleh yang demikian, 'kebebasan' menulis sangat terbatas sekali, di samping kita perlu mematuhi tempoh masa yang ditentukan, objektif, dan kriteria penulisan yang telah ditentukan oleh penganjur. Atau, kita akan terlepas dari terpilih sebagai pemenang dan karya kita langsung tidak akan terbit!