Catatan

Baca Puisi Merdeka 2013

Imej
KringggGGG.... pagi tadi saya menerima satu panggilan telefon yang meminta agar saya hadir di acara Baca Puisi Merdeka pada Malam Hari Sabtu 09hb. Mac 2013 di Pesta Buku Brunei 2013 ini nanti. Saya tidak pasti sama ada akan hadir atau tidak; kalau saya hadir - tidak tahulah sama ada saya cuma mahu menjadi pendengar atau turut baca puisi juga; kalau saya turut baca puisi - adakah patut saya baca puisi saya sendiri atau baca puisi orang (penulis) lain (yang lebih mapan dan terkenal)sahaja!!!

Selamat Ulangtahun Hari Kebangsaan Ke 29

Imej
Kini negara kita telahpun mencapai usia yang ke 29 tahun menyambut hari kemerdekaannya, dan saya mewakili semua penulis di negara ini berharap andainya pemikiran kita bebas dari penjajahan maka semuanya akan berjalan dengan lancar; dan sebagai penulis kita juga perlu tahu menanai tanggungjawab sebagai warganegara yang mempunyai pemikiran yang bebas dan bernas untuk berkarya dan bekerja demi nusa, bangsa, dan agamanya.

Pesta Buku Brunei 2013

Imej
Hari ini saya telah menerima satu undangan ke Majlis Perasmian Pesta Buku Brunei 2013 yang akan berlangsung pada Hari Khamis 28hb. Februari 2013 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.  Khabarnya, di sempena majlis tersebut akan selajurkan juga dengan Pelancaran Buku-Buku Terbaharu terbitan DBP, serta penyampaian buku-Buku terbaharu tersebut kepada penulis-penulisnya. Apa yang sangat menarik bagi saya pada pesta buku Brunei pada tahun ini ialah Penyampaian Hadiah Buku Terlaris 2012.  Nah, bagi penulis yang rasanya akan menang dan bukunya dicetak lebih dari 500 naskah pada tahun lepas, memang ada peluanglah untuk menerima penghargaan ini. Dan, saya harap awda (para penulis, pembaca) semua bersedialah dari sekarang untuk datang beramai-ramai ke Pesta Buku Brunei 2013 itu nanti.

Penulis dan Penerbit

Imej
Saya masih menantikan tiga buah manuskrip  tulisan saya yang telah saya hantar ke badan penerbit yang kelihatannya memang bersungguh-sungguh ingin menaikkan taraf sastera kita di negara ini kepada satu tahap yang boleh dibanggakan oleh segenap lapisan masyarakat kita di negara ini, akan tetapi sehingga ke hari ini saya masih belum dapat mengetahui perkhabarannya. Manuskrip pertama saya yang berupa kumpulan cerpen dan puisi kanak-kanak yang berjudul 'Kisah Di Sebuah Halaman' yang saya hantar bagi tujuan penerbitan sehingga kini masih belum dapat melihat keberhasilannya, sebaliknya manuskrip tersebut telah dihantar untuk menyertai  The Scholastic Asian Book Award (SABA) 2012  yang lalu tanpa persediaan dan perancangan yang boleh membantu ianya dipilih untuk mendapat tempat di hati para juri yang menghakimi peraduan tersebut. Kedua ialah kumpulan drama tv yang berjudul 'Amanat' yang mengumpulkan sebanyak empat buah skrip drama khas televisyen, dan manuskrip yang

Selamat menyambut tahun 2013 masihi

Imej
Sekarang kita sudah berada di ambang tahun 2013. Ini bermakna puasha.com sudah bertapak selama lebih kurang lima belas tahun di talian. Apakah azam awda sebagai seorang penulis. Saya syorkan supaya awda lebih bergiat lagi dalam bidang penulisan kreatif, dan berharap semuanya berjalan lancar demi perkembangan sastera tanahair yang kita cintai ini. Apapun kerajaan telah memperuntukkan begitu banyak kemudahan; antaranya melalui bahan-bahan penerbitan seperti majalah, jurnal, buku dan lain-lainnya; serta memiliki pengurusan yang efisyen, iaitu melalui penyertaan-pentertaan kegiatan sastera di peringkat serantau dengan menyenaraikan beberapa orang penulis sebagai penerima beberapa anugerah khusus dalam bidang kesusasteraan. Kemudahan ini tidak berhenti setakat ini sahaja, malah kerajaan juga telah memperuntukkan beberapa kemudahan asas bagi para penulis muda kita sehingga mereka mampu bersaing dan berjalan seiring dengan para penulis mapan kita yang ada pada masa ini.  Akhir kata