Catatan

Tawaran Penulisan Skrip Drama TV Tahun 2014

Imej
'Selamat Harijadi Mona' terbitan RTB-BMR Kelmarin saya telah menerima sepucuk surat tawaran untuk menulis skrip drama TV bagi Tahun 2014 dari Ketua Bahagian Rancangan TV, Radio Televisyen Brunei. Tawaran itu menghendaki saya menulis sinopsis dan skrip bagi 13 episod drama bersiri dalam jangka masa 25-30 minit, dan satu drama khas dalam jangka masa 45-50 minit. Tema dan sempena drama itu pula mestilah releven dengan keadaan di dalam negeri ini. Saya tidak tahu sama ada akan menulis skrip drama TV lagi atau tidak. Yang pasti saya masih mempunyai kemahuan untuk itu, dan berharap mampu menulis skrip drama TV lagi kerana melaluinya kita akan dapat memberi semangat dan laluan kepada penulis yang lain, terutamanya penulis-penulis muda kita untuk ikut serta menulis skrip drama TV dan memberi sumbangan yang sepatutnya. Kali terakhir saya menulis skrip dan terlibat sama dalam penerbitan drama TV ialah dua tahun yang lepas, iaitu melalui Drama Khas Sempena 30 Tahun Biro Mencegah R

Selamat Tinggal Penilaian 'Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP'

Imej
Mungkin ada di antara penulis kita yang sudah lupa bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei sehingga kini sudahpun mempunyai empat buah buku Kumpulan Cerpen dan Puisi hasil dari Penilaian Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP sejak 24 tahun yang lalu, iaitu apabila hadiah tersebut mula diperkenalkan pada tahun 1989. Sebenarnya saya sendiri tidak menyangka yang penilaian bagi hadiah tersebut telah pergi sejauh ini, dan sekaligus telah mengangkat beberapa nama penulis kita dengan kepelbagaian gaya penulisan yang tentu saja berbeza dengan karya penulis-penulis muda yang ada pada masa sekarang. Sebagai seorang penulis yang pernah melalui zaman tersebut, saya berasa amat berbesar hati untuk memperkatakan perkara ini. Sementara penulis-penulis muda kita kini sudah mula mengangkat pena dengan gaya yang tersendiri, dengan semangat serta bersaing melalui berbagai Peraduan Menulis yang menjanjikan imbalan-imbalan yang cukup menarik sekali. Akan tetapi adakah perkembangan ini dapat memberi manfaat, keu

Penulis dan Tilampung

Imej
"Dalam apa jua bentuk karya sastera, suatu yang bernama hadiah, penghargaan, pujian dan sanjungan hanyalah merupakan sekadar tilampung . Jikalau alam karya sastera itu seperti lopak, sungai dan laut, maka tilampung itu cuma berguna kepada orang yang tidak pandai berenang. Bagi penulis yang pandai berenang apatah lagi yang pandai meniti buyah atau yang sudah sampai ke seberang atau ke tambing - maka yang namanya tilampung sudah kehilangan makna." [Petikan dari Penilaian Panel Hakim Sajak, Hadiah Kreatif Bahana 1994]

penulis + semangat nasionalisme = survival bangsa

Imej
nasionalisme adalah pemikiran, sikap dan perasaan rakyat (dan kita sebagai penulis) bagi menyatakan keterikatan hubungan emosional dengan bangsa dan negaranya, disertai usaha dan harapan agar negara bangsa kita terus berdaulat dan terhormat martabatnya. jadi kita  perlulah memiliki rasa cinta dan bangga yang mendalam sebagai rakyat di negara ini.  sanggup berkorban untuk mempertahankan negara daripada sebarang ancaman luar dan dalam. inilah faktor penting yang menjadi tunggak kewujudan, survival, dan yang membangkitkan kesetiaan kepada negara bangsa

Kewajaran pemberian anugerah pengiktirafan kepada sasterawan tempatan.

Imej
Memandangkan peranan sastera itu dalam membangun negara adalah sama pentingnya dengan bidang-bidang yang lain, golongan penulis sebagai anggota dalam masyarakat juga terlibat sama bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Dalam setiap tamadun, golongan penulis bukan sahaja menjadi pencatat zamanya tetapi dalam banyak hal mereka juga menjadi penjana dan pemimpin pemikiran masyarakatnya. Melalui hasil penulisan dan karya sastera penulisan dan karya sastera dapat menyumbang pada memajukan dan penguasaan bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam yang sekali gus dapat memperkaya khazanah persuratan dan ilmu Bahasa Melayu. Melalui penulisan dan karya sastera yang bermutu dan mempunyai nilai intelek juga, dapat membantu kepada pencapaian wawasan negara dengan membawa masyarakat sama-sama berfikir dan melihat maju ke hadapan untuk bangun dan mendukung hasrat kerajaan dan negara untuk menjadi bangsa dan negara yang maju. Melalui hasil karya saster