Catatan

Penandatanganan Memorandum Perjanjian Penerbit-Penulis Kali Pertama/2014

Imej
Sehingga kini saya sudah berhasil menulis lima buah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei setelah termaterainya penandatanganan memorandum perjanjian penerbitan dua buah buku Kumpulan Drama TV: Amanat dan Kumpulan Puisi: Sandiwara pada 05 Mac 2014 yang lalu. Gambar: Hzumy HY

Kumpulan Pantun: Sindir Kasih Subalah Tabir - A.R. Romzi

Imej
Pantun adalah merupakan khazanah bangsa yang mempunyai nilai yang amat tinggi dalam masyarakat Melayu. Penciptaan pantun menuntut kepada keupayaan kreatif yang ditambah dengan kehalusan rasa yang tinggi untuk menghasilkan keindahan yang sempurna baik dari segi bentuk, struktur, bunyi, dan bahasa. Malah, penciptaan pantun juga memerlukan penguasaan ilmu dan pengetahuan yang amat luas kerana pembayang dan maksud sesebuah pantun itu sahaja mungkin menyentuh tentang unsur dan fenomena alam, agama, sejarah, budaya, pendidikan, dan sebagainya. Setelah membaca buku Kumpulan Pantun: Sindir Kasih Subalah Tabir ini didapati ianya sangat kaya dengan nilai-nilai keindahan bahasanya jika dikaji dan dihayati. Pantuan biasanya mempunyai dua maksud, antaranya maksud tersurat dan maksud tersirat yang penuh dengan kiasan kata-kata yang cukup memberi makna. Misalnya; Beli tuna di bandar Limbang, Lenyap lapar makan anggalah; Apa guna berhati bimbang, Bawa bersabar ingatkan Allah. Baca

Undangan, Undangan, Undangan

Imej
Kad Undangan Pada bulan Mac 2014 ini sahaja, saya telah menerima sebanyak tiga kad undangan, khususnya undangan yang melibatkan saya sebagai seorang penulis kreatif. Dua di antaranya ialah undangan dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu undangan dari Pantaran Sastera DBP: "Pertandingan Baca Sajak Generasi Merdeka" di Pesta Buku Brunei 2014; dan undangan dari Majlis Penandatanganan Memorandum Perjanjian Penerbit-Penulis Kali Pertama/2014 yang juga mengambil tempat di Pesta Buku Brunei 2014; dan undangan ketiga ialah dari Radio Televisyen Brunei bagi Majlis Gema Seni 30 Tahun Kemerdekaan. Saya sangat menghargai kesemua undangan ini, kerana ia membawa makna bahawa pihak atau orang yang mengundang kita itu masih ingat tentang diri kita. Sama ada kita mempunyai peluang untuk hadir dan bersama-sama meraikan sesuatu majlis itu atau sebaliknya, terpulanglah bagi individu yang berkenaan - tidak ada paksaan. Akan tetapi alangkah baiknya jika kita dapat hadir dan duduk bersama

Penyertaan peraduan menulis di peringkat antarabangsa

Imej
Apabila bercakap mengenai peraduan, saya baru teringat bahawa saya pernah diminta untuk menyertai satu peraduan menulis di peringkat antarabangsa, iaitu  The Scholastic Asian Book Award (SABA) 2012   yang lalu dengan menghantar sebuah manuskrip kumpulan cerpen yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Sama ada suka atau tidak, sebenarnya itulah sahaja manuskrip kumpulan cerpen kanak-kanak dan remaja yang saya ada ketika itu; yang pada awalnya saya hantar kepada badan penerbit di sini untuk diterbitkan, sambil berharap kanak-kanak dan remaja kita di negara ini akan dapat membacanya, dan menyukainya. Manuskrip kumpulan cerpen itu saya tulis sejak saya berusia lima belas tahun lagi, iaitu ketika saya masih berada di bangku sekolah menengah dan mula mempelajari sastera secara khusus. Oleh kerana minat dan bakat yang disedari, maka saya mampu menulis sehingga sekarang. Akan tetapi untuk kembali pada zaman kanak-kanak dan remaja, dan menulis mengenainya pada usia sekarang tentu seka

Menang dalam peraduan atau kerana menjaga reputasi sebagai seorang penulis

Imej
Saya pernah ditanya 'kenapa tidak ikut menulis dalam peraduan'. Apabila saya menjawab 'tidak berminat', mereka lalu mengatakan bahawa saya sebenarnya 'takut tidak menang, atau takut kalah memandangkan saya adalah orang yang sudah lama menulis dan karya saya sering terbit di akhbar dan majalah. Jadi adalah sangat memalukan jika saya tidak menang, apatah lagi jika peraduan itu nanti akan dimenangi oleh muka-muka baru'. Saya tidak pernah peduli dengan pendapat tersebut. Sebenarnya saya tidak pandai menulis dalam peraduan, atau kerana menginginkan hadiah, penghargaan, pengiktirafan, atau kerana nama dan sebagainya. Menjadi seorang penulis ialah kerana saya ingin membina sebuah kehidupan yang sebenarnya ke dalam diri saya, dan jika pembaca mendapat manfaat dari karya-karya saya itu, ia sudah lebih dari cukup dari apa yang saya fikirkan. Dengan yang demikian, sejak menjadi penulis, saya rasa saya sudah lama menang atau menjadi seorang pemenang - kerana untuk men