Catatan

Maaf Zahir dan Batin

Imej
Bersempena di Hari Raya Aidil Fitri yang mulia ini saya memohon maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan penulis, dan juga kepada para pembaca yang sentiasa mengikuti catatan saya di blog ini. Semoga di hari raya yang mulia ini kita semua akan dapat bersatu hati dan menanam sikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain di dalam mencapai apa jua yang kita hajati dalam kehidupan ini. Sebagai penulis kita juga tidak lari dari melakukan kesilapan, dan janganlah pula perkara itu dibiarkan terus berlaku sehingga merosakkan hubungan baik kita sebagai seorang insan. Untuk akhirnya, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Pertandingan Deklamasi Puisi Ramadhan 1435H

Imej
Kelmarin saya ada menerima Kad Undangan dari Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei melalui pos, dan hari ini, oleh kerana tidak sempat untuk menghadirinya, saya hanya mendengar berita mengenai aktiviti Pantaran Sastera DBP Sempena Sambutan Bulan Bahasa 2014 itu melalui rakan-rakan di media sosial. Walau bagaimanapun saya ucapkan tahniah kepada para pemenang (lihat gambar), semoga dengan adanya pertandingan seperti ini akan menambah semangat kita untuk lebih bergiat dengan sastera, dan menulis dengan bersungguh-sungguh.

Majalah Pantaran, dan Riak Bahasa.

Imej
Majalah Pantaran, dan Riak Bahasa Ketika hadir di majlis sambutan Bulan Bahasa 2014 yang lalu saya turut diraikan dengan dua buah terbitan baharu Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. Salah satu di antaranya ialah Riak Bahasa yang mengandungi berita kebahasaan untuk dikongsikan kepada semua masyarakat pembaca di negara ini, mahupun serantau. Riak Bahasa adalah hasil kelolaan Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa dan diterbitkan dua keluaran setiap tahun, iaitu mulai bulan Januari hingga Jun, dan Julai hingga Disember. Sementara terbitan berikutnya ialah Pantaran , sebuah majalah umum yang memuatkan warna-warni peristiwa, perkembangan isu semasa, sosiobudaya, kesihatan, pendidikan, rekreasi, ekonomi, sukan, busana, pelancongan yang terjadi di Negara Brunei Darussalam, dan juga luar negara. Menurut Hajah Aminah binti Haji Momin, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka melalui ruangan Tinta majalah ini, 'Penerbitan Majalah Pantaran juga adalah sebagai usaha jabatan untuk me

Bulan Bahasa 2014 "Daulatkan Bahasa Melayu".

Imej
Buku Program Bulan Bahasa 2014. Pada Hari Sabtu 7 Ramadhan 1435 bersamaan 5 Julai 2014 yang lalu saya berpeluang menghadiri satu sambutan yang dinamakan Bulan Bahasa. Majlis bagi sambutan itu dikelolakan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan diselenggarakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Pejabat Daerah Brunei dan Muara, Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah Temburong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Seperti sambutan Bulan Bahasa pada tahun-tahun yang lalu, Bulan Bahasa 2014 pada kali ini juga masih mengekalkan tema yang sama, iaitu "Daulatkan Bahasa Melayu". Tema ini memang mempunyai cakupan maknanya yang sangat luas dan penuh semangat kemelayuan, bersifat eksklusif dan menjadi gagasan bagi mencapai hasrat kita dalam mendaulat, mengembang dan meneruskan kelangsungan bahasa Melayu, sama ada Rumi mahupun Jawi, dari aspek bahasa, sastera dan budaya di Negara Brun

Isu Rasuah dalam 'Selamat Harijadi Mona...'

Imej
S elamat Harijadi Mona adalah sebuah skrip Drama TV Khas sempena 30 Tahun Biro Mencegah Rasuah yang telah saya tulis atas permintaan Biro Mencegah Rasuah dengan kerjasama Radio Televisyen Brunei. Drama ini telah disiarkan pada tahun 2012 yang lalu, dan telah mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan penonton tempatan kita di sini. Oleh kerana drama ini melibatkan dua buah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab di dalam menyebarluaskan isu-isu berkenaan dengan keselamatan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat di negara ini, sebagai seorang penulis skrip saya telah mengambil beberapa inisiatif bagi melaksanakan sebuah skrip yang menepati kehendak penerbit, dan dapat ditampilkan ke dalam skrin. Antaranya ialah dengan mendengar dan membaca kes-kes yang pernah terjadi, serta membuat penyelidikan mengenai isu-isu yang berkaitan, (dalam kontek ini ialah bagaimana rasuah itu boleh berlaku) sehingga ianya merosakkan seseorang individu atau ahli di dalam sesebuah keluarga, atau s