Catatan

e-Book - pdf. "Kisah Di Sebuah Halaman" Hanya $12.90 Senaskhah!

Imej
Judul: Kisah Di Sebuah Halaman Penulis: Puasha Penerbit: Krafiti Enterprise Tahun: 2015 Muka Surat: 109p Format: eBook - pdf . ISBN 978-99917-955-0-8 (eBook) Harga: $12.90 "Buku kumpulan puisi dan cerpen kanak-kanak menjelang remaja Kisah Di Sebuah Halaman ini mengandungi 18 buah puisi dan 18 buah cerpen yang dihasilkan oleh penulis sejak pertengahan tahun 1980-an yang sarat dengan kisah-kisah menarik untuk diteladani oleh pembacanya." "Di samping bergiat menulis karya sastera dewasa, sehingga kini Pusaha juga masih mesra dengan karya sastera kanak-kanak menjelang remaja dan telah menghasilkan sebuah novel Sebuah Pondok Di Bukit Kota terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei pada tahun 2004". Klik [DI SINI] untuk membeli.

Sebagai penulis - kita ikut persatuan atau bergiat secara persendirian

Imej
Memang diakui bahawa ada sebahagian penulis tanah air yang tidak ikut serta dalam persatuan atau gerakan rakyat (dalam konteks ini ASTERAWANI), kerana mungkin mereka berpendapat yang penting bukanlah persatuan tetapi hasil penulisan. Mungkin sahaja kita silap, tetapi menyatukan penulis tanah air dalam satu wadah gerakan adalah lebih baik dari bergiat secara persendirian. Dan selaku pencinta dan penggiat kesusasteraan Melayu, kita berpendapat bahawa gerakan rakyat melalui persatuan dan kesatuan cukup penting apatah lagi dalam suasana atau iklim negara ini yang sifatnya homogen. Mengkritik kegiatan sastera yang dianjurkan oleh gerakan rakyat yang dianggap sebagai pesta-pestaan atau sesuatu yang hangus adalah kurang bijak. Sebab kegiatan yang diadakan seperti seminar, pertemuan, perkampungan dan dialog sastera merupakan satu gerakan intelektual rakyat. Intelektual rakyat pada kebiasaannya adalah golongan yang mendengar suara rakyat secara bersemuka dan orang yang melihat gelagat rakya

Peraduan Menulis Esei Sastera dan Cerpen Bahana DBP 2014

Imej
Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Esei Sastera dan Cerpen Bahana DBP 2014 telah berlangsung semalam, hari Jumaat 19 Disember bertempat di Sutra Hall, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, Bandar Seri Begawan.  Peraduan ini adalah merupakan satu projek tahunan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei dalam memperkembangkan, memartabatkan dan memperkasa penggunaan, pemakaian dan penyelarasan bahasa Melayu di negara ini. Selain dari itu, peraduan ini juga telah membuka ruang dan peluang kepada para penulis lama dan bakat baru untuk memantapkan dan mempelbagaikan kreativiti penulisan mereka dalam mencetuskan daya saing yang sihat, dan pemikiran yang tinggi mutunya dengan nilai penulisan yang semakin meningkat serta menghasilkan kepelbagaian aliran, teknik serta gaya bahasa yang memperlihatkan keindahan dalam sesebuah karya seni sastera. Sebanyak 31 buah esei daripada 25 orang penulis, dan 40 buah cerpen daripada 27 orang penulis telah diterima bagi mengikuti peraduan tersebut dan Panel

Ulang baca sebuah cerpen yang berjudul 'Maaf' oleh Puasha

Imej
BUMMMPPPP! Tiba-tiba saya dengar bunyi ini dari belakang kereta BMW yang saya pandu. Saya berasa amat terkejut, apa-apa pun saya memang berasa amat terkejut. Saya dapat rasakannya, jantung saya berdenyut cepat, kepala saya berasa pening-pening lalat kerana dahi saya terhantuk kuat di setereng kereta. “Maaf. Maafkan saya,” kata seorang anak muda dengan muka cemas sebaik saja membuka pintu di sebelah kanan kereta saya, dia bingung dan meraba-raba bahu kanan saya. Maaf. Saya tidak boleh berfikir dengan baik dan... dan saya pasti ini sudah tentulah bermaksud sesuatu yang tidak baik telah berlaku pada saya. Saya terlibat dengan kemalangan! “Maaf. Abang tidak apa-apa.” Kata anak muda lagi, memandang ke muka saya. Maaf. Saya lalu keluar dari kereta, jantung saya berdenyut cepat, kepala saya juga masih berasa pening-pening lalat dan dahi saya berasa sakit dan terasa bengkak sebaik saja saya merasakannya dengan hujung jari-jari tangan kanan saya. Kemudian saya dapat melihat den

Titik - contoh sajak kontemporari di taman persajakan Brunei

Imej
Titik dihasilkan sebagai wadah pemberigaan penyajak Brunei dalam skala yang kecil dan persembahan yang sederhana, tulis Zefri Ariff Brunei sebagai seorang penyelanggara dalam halaman Aksara Bicara dalam buku yang mengandungi sajak-sajak dari tiga orang penyajak kontemporari Brunei ini. Tiga orang penyajak yang dimaksudkan itu ialah Adi Swara, seorang penyajak muda yang sudah mula dikenali dalam dunia persajakan Brunei pada tahun 2004 dengan tersiarnya sajak yang berjudul 'Si Kecil' di Pelita Brune i, Camar Putih yang muncul pada awal alaf ketiga yang cenderung membicarakan kegelisahan sosial sehingga menghasilkan sajak pertamanya yang berjudul 'Pecah dan Perintah' tersiar di Bahana , dan Z. A. Brunei yang memulakan kehidupan sajaknya pada tahun 1981 adalah seorang yang suka bereksperimen dengan kata-kata sehingga dikatakan oleh peneliti sastera kita sebagai seorang penyajak yang berada pada tahap 'kabur'. Titik adalah merupakan sebuah antologi sajak penyai