Catatan

Terima Kasih di atas Penghargaan yang diberikan

Imej
Pada Malam Apresiasi Penulis "Bahasa Jiwa Bangsa" sempena Bulan Bahasa 2015 yang lalu saya telah dipilih lagi untuk menerima satu penghormatan sebagai 'Aktivis Sastera Tanah Air', dan sijil ini (lihat photo) telah disampaikan pada malam Hari Selasa 12 Januari 2016. Ini adalah pengakuan yang kedua selepas dipilih untuk menerima penghormatan sebagai 'Aktivis Bahana 1997-1999' atas sumbangan saya yang berterusan dalam Majalah Bahana kendalian Bahagian Majalah DBP, Brunei Darussalam pada tahun-tahun tersebut. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengarah, DBP Brunei, khususnya Bahagian Majalah di atas penghargaan ini.

Kamus Puisi dan gunanya pada penulis

Imej
Sesebuah buku kamus puisi mengandungi begitu banyak istilah misteri dan bentuk seni. Biasanya ia disusun khas untuk para pelajar dan juga bagi mereka yang ingin meningkatkan kemahiran dalam penulisan kreatif, atau seseorang yang hanya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai seni puisi yang nantinya akan dapat membantu akal kita mengenai dengan terma-terma dan jenis-jenis puisi. Buku Kamus Puisi - Siri Kamus Istilah MABBIM terbitan DBP, Kuala Lumpur 2005 adalah di antara yang terbaik untuk tujuan itu. Kamus ini mengandungi sebanyak 445 istilah berserta huraiannya yang telah disediakan oleh pakar-pakar yang mahir dalam bidang berkenaan. Pemilihan istilah masukan kamus ini adalah berdasarkan keperluan para pelajar di institusi pengajian tinggi, pengajar, pengamal dalam bidang puisi serta pengguna lain yang terlibat.

Antologi Sajak Ahli ASTERAWANI sempena Pelayaran Emas 50 Tahun ASTERAWANI

Imej
Pada 9hb. Julai 2012 yang lalu ASTERAWANI telah mengadakan sambutan ulang tahunnya yang ke-50 tahun yang diibaratkan sebagai sebuah perahu atau bahtera yang mengharungi riak dan gelombang kehidupan ini dengan penuh semangat, khususnya di dalam mencapai cita-cita murni untuk memelihara, mengembangkan dan memertabatkan bahasa dan sastera tanah air. Justeru itu,   Antologi Sajak Ahli ASTERAWANI sempena Pelayaran Emas 50 Tahun ASTERAWANI ini telah sampai ke tangan kita dengan menampilkan penyair-penyair tanah air ternama dan penting dalam sejarah perkembangan kesusasteraan Brunei moden, iaitu yang terdiri dari penyair-penyair berpendidikan Universiti Al-Azhar, Mesir; penyair-penyair berpendidikan maktab perguruan atau golongan guru; dan   penyair-penyair bukan berpendidikan maktab perguruan atau golongan guru.

Young Dreams dari Nurul Izzati

Imej
T idak banyak penulis kita yang mahu mencuba nasib menulis dalam Bahasa Inggeris walau pun sudah bertahun-tahun melibatkan diri dalam bidang penulisan kreatif, khususnya dalam Bahasa Melayu. Bagi saya, jika kita mampu menguasai kedua-dua bahasa   ini atau lebih, perbendaharaan kata dalam kamus penulisan kita akan bertambah baik dan kita akan lebih produktif. Kumpulan puisi Young Dreams adalah salah s ebuah karya yang ditulis dalam B ahasa Inggeris dari tangan seorang penulis muda yang bernama Nurul Izzati Haji Mohammed Jamil yang bertemakan cinta, persahabatan, kesetiaan, cita-cita dan impian, serta kepercayaan mengenai ketuhanan. Young Dreams ditulis sejak tahun 2004 hingga 2007 sehingga dipilih sebagai The Best Poems and Poets of 2007 yang menurut poetry.co m mempunyai visi yang sangat menarik dan unik.

Apabila puisi kita diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris

Imej
Sebanyak dua buah kumpulan puisi telah berhasil saya tulis dan diterbitkan, dan sekarang saya cuba pula terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris bagi melihat sejauh mana bahasa puisi kita boleh berpindah ke dalam bahasa Inggeris dan menepati makna atau maksud [atau; terminologi] bahasa puisi yang telah kita tulis dalam bahasa Melayu. Berikut ini adalah salah sebuah contoh puisi yang pernah saya tulis yang berjudul 'Nostalgia' dari Kumpulan Puisi Nakhoda Manis: pelayaran kedua , DBP, Brunei: 2009 pada halaman 9, dan saya terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris - khusus bagi mereka yang berminat membaca serta menghayatinya dalam bahasa Inggeris;