Catatan

Buku: Bibliografi Budaya Brunei

Imej
Setakat ini bibliografi khusus mengenai budaya Brunei masih sukar untuk kita perolehi, dan buku Bibliografi Budaya Brunei ini adalah merupakan langkah awal bagi membuka jendela ke arah kegiatan penyelidikan budaya Brunei khususnya kepada para penyelidik dan pengkaji budaya di kalangan tujuh Puak Jati Brunei, iaitu Puak Melayu Brunei, Puak Belait, Puak Bisaya, Puak Dusun, Puak Kedayan, Puak Murut, dan Puak Tutong menurut Perlembagaan Negeri Brunei 1959. Kajian budaya khususnya dalam bidang antropologi di negara ini turut memainkan peranan penting sebagai suatu cara yang amat praktikal untuk memahami dan mendalami pengetahuan kita mengenai sesuatu upacara dan sistem di dalam sesebuah masyarakat, sehingga dapat menghasilkan satu pertalian pemikiran yang sangat erat yang bukan sahaja menghasilkan sebuah bangsa yang bernegara maju malahan juga sebagai sebuah bangsa yang memiliki semangat spiritual yang dikagumi.

Apakah status Syair di Brunei?

Imej
Ada yang bertanya, apakah status syair di Brunei? Jawapannya ialah syair mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat Brunei, dan ia pernah berperanan sebagai genre karya yang paling menghiburkan di kalangan istana raja-raja Melayu. Syair adalah genre puisi yang sangat popular di Brunei dan tinggi nilainya jika dilihat dari segi keaslian serta suasana di negara kita -- ini dapat kita baca dari Syair Awang Semaun, Syair Si Mercu Gunung, dan Syair Rakis. Pada masa sekarang, dalam usaha negara kita untuk mencapai kesejahteraan dan pembangunan minda, karya syair boleh menjadi pemangkin aspirasi masyarakat --- ini dapat kita baca dari syair-syair karangan Muda Omar 'Ali Saifuddien melalui Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Syair Asli Rajang Hari, Syair Nasihat, dan Rampaian Laila Syair. --- dan sekarang ini banyak lagi karya-karya baharu yang ditulis dalam bentuk syair telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei dalam bentuk buku, dan terpulanglah pa

Analisis Cerpen-Cerpen Bahana 1990-1994

Imej
Buku Analisis Cerpen-Cerpen Bahana 1990-1994 tulisan Abd. Rahman Haji Mustapa (DBP, Brunei: 2001) adalah merupakan sebuah kajian mengenai beberapa aliran mutakhir yang diungkapkan dan diperkenalkan oleh beberapa orang cerpenis tanah air kita melalui cerpen-cerpen mereka yang termuat dalam majalah Bahana pada awal era tahun 1990-an. Menurut penulis, sebanyak 163 buah cerpen yang dihasilkan oleh 69 orang cerpenis Brunei Darussalam telah dikaji dengan mengemukakan beberapa petikan, tema dan ajaran; serta beberapa ciri gaya aliran penulisan yang digunakan dalam cerpen-cerpen tersebut, sehingga kita menemukan beberapa bentuk eksperimen dan penemuan gaya baharu -- terutama sejak Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan penuh pada tahun 1984. Di antara gaya atau aliran penulisan yang ditemukan oleh penulis dalam kajian ini ialah aliran romantisisme, aliran realisme, aliran realisme pantun, aliran ekspresionisme, aliran realisme komik, aliran ekspresionisme abstrak dan aliran absur

Terima Kasih di atas Penghargaan yang diberikan

Imej
Pada Malam Apresiasi Penulis "Bahasa Jiwa Bangsa" sempena Bulan Bahasa 2015 yang lalu saya telah dipilih lagi untuk menerima satu penghormatan sebagai 'Aktivis Sastera Tanah Air', dan sijil ini (lihat photo) telah disampaikan pada malam Hari Selasa 12 Januari 2016. Ini adalah pengakuan yang kedua selepas dipilih untuk menerima penghormatan sebagai 'Aktivis Bahana 1997-1999' atas sumbangan saya yang berterusan dalam Majalah Bahana kendalian Bahagian Majalah DBP, Brunei Darussalam pada tahun-tahun tersebut. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengarah, DBP Brunei, khususnya Bahagian Majalah di atas penghargaan ini.

Kamus Puisi dan gunanya pada penulis

Imej
Sesebuah buku kamus puisi mengandungi begitu banyak istilah misteri dan bentuk seni. Biasanya ia disusun khas untuk para pelajar dan juga bagi mereka yang ingin meningkatkan kemahiran dalam penulisan kreatif, atau seseorang yang hanya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai seni puisi yang nantinya akan dapat membantu akal kita mengenai dengan terma-terma dan jenis-jenis puisi. Buku Kamus Puisi - Siri Kamus Istilah MABBIM terbitan DBP, Kuala Lumpur 2005 adalah di antara yang terbaik untuk tujuan itu. Kamus ini mengandungi sebanyak 445 istilah berserta huraiannya yang telah disediakan oleh pakar-pakar yang mahir dalam bidang berkenaan. Pemilihan istilah masukan kamus ini adalah berdasarkan keperluan para pelajar di institusi pengajian tinggi, pengajar, pengamal dalam bidang puisi serta pengguna lain yang terlibat.