Catatan

Baca Buku - Antologi Sajak Cermin Diri

Imej
Judul: Antologi Sajak Cermin Diri Penulis: Pelbagai Penulis Penerbit: Jabatan Perkembangan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Tahun: Cetakan Pertama (Edisi Kedua) 2009 ISBN: 99917-2-319-6 Harga: BND$3.80 Antologi sajak ini memperlihatkan era sajak-sajak Brunei mutakhir pada tahun 1980an hingga 1990an yang cukup puitis dan sejajar dengan pelbagai peringkat audien di Negara Brunei Darussalam. Antologi ini memberi cerminan bahawa penyair-penyair Brunei telah berjaya menggarap dengan begitu mantap dan bernasnya tentang persoalan kehidupan yang mereka fokuskan. Melalui antologi ini juga terlihat beberapa perutusan yang juga dikenali sebagai amanat, motif, atau tujuan sebenar penyair menghasilkan sajak. Ia bersifat positif dan menuju kepada maksud kehidupan yang baik dan sebuah pesanan, atau perutusan yang mungkin secara nyata atau tersembunyi. Di samping memiliki keindahan atau estetik puitis yang terpancar pada pemilihan kata-kata atau diksi yang diolah dengan baik.

Baca Buku - 'Langkah Menangani Isu Sosial'.

Imej
Judul: Langkah Menangani Isu Sosial Penerbit: DBP, Brunei. Tahun: 2005 Muka Surat: 49p. ISBN: 99917-0-424-8 Langkah menangani isu sosial rata-rata mengutarakan gejala sosial seperti kes keganasan rumah tangga, kes seks bebas di kalangan remaja, dan kes penyalahgunaan dadah yang berlaku di negara kita.  Kebanyakan penulis bukan sahaja mendedahkan masalah gejala sosial tersebut bahkan sebab berlaku dan cara penyelesaian juga disentuh. Buku kumpulan rencana hasil dari Peraduan Menulis Rencana 2004 anjuran Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Menangani Isu Sosial Negara Brunei Darussalam ini sangat sesuai sebagai bacaan umum, terutama kepada pelajar dan ia berupa bimbingan motivasi dalam membina kecemerlangan diri dan keharmonian keluarga.

Isu Sosial sebagai Tema dan Persoalan dalam Penulisan Sajak

Imej
Tanggungjawab dan kesedaran sosial telah membawa kita untuk terus menulis berbagai isu sebagai tema dan persoalan dalam kebanyakan sajak. Sebagai seorang penyair, kita bukan sahaja menulis mengenai kemiskinan, keluh-kesah atau susah-payah kita dalam menjalani kehidupan ini sehari-demi-sehari. Malahan isu sosial, terutama masalah moral sangat patut diambil kira oleh setiap penulis atau segenap lapisan masyarakat. Masalah moral, terutama sekali pergaulan bebas sudah sekian lama wujud sejak beribu-ribu tahun yang lampau, dan sehingga sekarang kita bagaikan masih bergelumang dengan masalah ini. Ini bukan hanya bermakna bagi individu yang berpendidikan rendah atau tinggi, malah kebanyakan ahli dalam masyarakat moden atau maju masih tidak sedar dengan keburukan yang ada. Lalu, kita sangat percaya masalah ini akan membawa kesan yang sangat buruk dan ditakuti akan membawa bencana dalam sosial-budaya kita. Ini ditambah lagi dengan munculnya fahaman dan gaya hidup segelintir masyarakat yang sang

Apabila Kedai Buku, Jurnal, Majalah, dan Surat Khabar Kita Tidak Ada Pembeli

Imej
Sering kali kita dengar, harga buku terlalu mahal harganya jika dibandingkan dengan harga sepiring makanan kegemaran yang kita nikmati setiap hari. Akan tetapi jika kita dapat berfikir dengan sebaik mungkin, kita akan dapat tahu kebanyakan buku adalah sumber ilmu pengetahuan yang patut kita baca dan pelajari. Apabila kita latih diri kita dengan tabiat membaca, ia bukan sahaja memperkayakan ilmu pengetahuan kita, malah membaca juga akan mengisi ruang hidup kita daripada menjalani sebuah kehidupan yang salah dari segi moral dan peraturan-peraturan sosial, atau undang-undang negara. Oleh yang demikian, buku sebenarnya tidaklah terlalu mahal harganya jika dibandingkan dengan harga sepiring makanan kegemaran yang kita nikmati setiap hari. Walaupun kita sangat jarang menemui kedai buku yang hampir dengan tempat tinggal kita jika dibandingkan dengan kedai makan, kedai runcit, pasar raya, dan gedung beli belah, kita tidak sepatutnya melupakan kedai buku. Kira-kira 25 tahun yang lalu, kita suda

Selamat Tahun Baru 2024 Masihi

Imej
Sudah menjadi tradisi dalam kalangan orang kita menyambut tahun baru dengan berbagai cara. Tapi sebagai seorang penulis, kita sudah tentu akan bermula dengan suatu cara yang sering dikatakan orang sangat mudah - seperti menulis sebuah nota dan catatan. Akan tetapi tidak ramai yang boleh menulis sebuah puisi atau sajak yang mempunyai suatu tujuan untuk membentuk pemikiran dan tabiat masyarakat kita di dalam kehidupan mereka sehari-hari. Tahun Baru bagi saya, sebenarnya sudah mula dirasakan pada bulan Disember tahun lepas, apabila ramai orang meninggalkan tempat kerja mereka lalu pergi bercuti keluar negeri atau membuat persediaan tertentu. Apabila ini berlaku, pejabat akan menjadi sunyi dan hanya beberapa orang sahaja yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Jika tidak ada yang perlu dibuat, mereka yang menunggu di pejabat ini hanya mampu bersosial di talian facebook , dan yang seumpamanya. Sepuluh tahun yang lalu, kita sudah menulis sebuah puisi yang mempersoalkan ‘fenomena ak