Catatan

Kumpulan Drama Taman Mimpi - H. Mar

Imej
Judul: Kumpulan Drama Taman Mimpi Penulis: H. Mar Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Tahun: 2021 Muka Surat:  112Pp.  Binding: Kulit Nipis ISBN 978-99917-69-84-4 Harga: BND6.00 Kumpulan Drama Taman Mimpi merupakan satu realiti kehidupan yang terperangkap di dalam sebuah taman. Taman yang dipenuhi mimpi dan igauan yang panjang dan meletihkan. Sebuah taman yang sunyi dan terasing. Sebuah taman yang hanya ada malam. Malam yang memberi ruang kepada manusia untuk ketawa dan menangis. Sebuah taman yang menyimpan rahsia mimpi dan harapan manusia untuk melihat terbitnya matahari.

Sebuah Pondok di Bukit Kota

Imej
Judul: Sebuah Pondok di Bukit Kota Penulis: Puasha Kamis Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Tahun: 2004 Muka Surat: 70p Binding: Kulit Nipis ISBN: 99917-0-341-1 Harga: BND$4.00 Perkembangan penulisan novel remaja di Negara Brunei Darussalam setakat ini agak terkebelakang jika dibandingkan dengan novel dewasa. Ketandusan ini dapat dirasakan dengan kemunculan novel remaja yang terlalu sedikit bilangannya, apatah lagi setelah tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei sejak lebih 40 tahun yang lalu. Usaha untuk menambah bilangan penerbitan novel remaja akan tetap diungkayahkan, dengan mengambil beberapa langkah wajar untuk memberikan galakan intensif agar penulis di negara ini akan tetap prihatin dan mempunyai minat menghasilkan novel remaja yang bersesuaian dengan alam dan kehidupan remaja itu sendiri yang sentiasa terdedah kepada cabaran alaf baru. Kelahiran novel remaja Sebuah Pondok di Bukit Kota , karya Puasha ini diharap akan dapat menggamit minda dan naluri pembaca k...

Persada Puisi Pilihan - Pandanglah ke Bulan

Imej
'Pandanglah ke Bulan' adalah sebuah judul puisi pilihan terbaharu Puasha yang telah dimuatkan dalam ruangan Persada Puisi Pilihan, Majalah Bahana , September - Oktober 2021, terbitan Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam. Di antara judul-judul puisi pilihan yang lain yang turut dimuatkan ialah 'Berjalan Tanpa Selipar', 'Menjadi Kuat', 'Hidup Biarlah Bersimpul Mati Bersama', dan 'Catatan Tercicir dari Si Kecil'. Saya juga tidak lupa mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sidang editor majalah kerana memilih puisi ini sesuai dengan situasi kita yang berada dalam epidemik Covid-19 sekarang. Majalah Bahana diterbitkan dua bulan sekali oleh Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam sebagai wadah hati nurani penulis kreatif di negara ini khasnya, dan pada umumnya diketengahkan juga kepada penulis-penulis kreatif sastera Melayu di rantau Asia Tenggara dan dunia pada keseluruhannya. Pandanglah ke Bulan           ...

Anugerah Terindah - Antologi Cerpen Sempena Jubli Emas 50 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Taktha

Imej
Judul: Anugerah Terindah Penyelenggara: Dr. Chong Ah Fok Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Tahun: 2017 Muka Surat: 181p Binding: Kulit Nipis ISBN: 978-99917-68-19-9 Harga: BND$8.00 Antologi cerpen Anugerah Terindah yang diungkayahkan oleh Badan Kesenian dan Kebudayaan (B2K) Tutong ini adalah merupakan sebuah terbitan sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Taktha. Antologi ini memuatkan sebanyak 19 buah cerpen yang dipertandingkan sempena sambutan yang bersejarah itu dan adalah hasil dari buah tangan penulis-penulis baharu dan mapan di Negara Brunei Darussalam, dan juga merupakan anugerah terindah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam khususnya, serta kepada para peminat kesusasteraan Melayu di mana sahaja berada. Antologi cerpen Anugerah Terindah menghidangkan cerpen-cerpen yang ...

Antologi Puisi Dalam Cermin Sejarah - 5 Dasawarsa Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam.

Imej
Judul: Dalam Cermin Sejarah Penerbit: Pusat Sejarah Brunei Tahun: 2019 Muka Surat: 217p ISBN 978-99917-63-72-9 (Kulit Nipis) Harga: BND$13.00 978-99917-63-71-2 (Kulit Tebal) Harga: BND$18.00 Majlis Pelancaran Buku Antologi Puisi Dalam Cermin Sejarah bersempena Lima Dasawarsa Pemerintahan dan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas taktha kerajaan selaku Raja, Ketua Negara dan Ketua Kerajaan telah berlangsung pada Sabtu, 5 Rejab 1441 bersamaan 29 February 2020 bertempat di Tarindak D'Seni, Jalan Residency, Bandar Seri Begawan. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam. Buku antologi puisi ini adalah merupakan ...