Catatan

Letak Pena, dan Salute untuk Penulis Muda Kita

Imej
Kadang kala kita berasa mahu letak pena saja, bukan kerana mengalah atau jemu untuk menulis. Akan tapi, hati nurani kita ada kalanya berasa kosong dan hampir tidak mahu bergerak ke depan lagi. Lalu, kita berharap akan ada penulis muda yang menyambung harapan kita selama ini untuk menuju ke sebuah wawasan yang lebih baik, dan salute untuk semuanya. Berikut ini ialah sebuah sajak yang telah saya tulis beberapa tahun yang lalu, dan ia pernah mengingatkan saya untuk terus memegang pena sehingga kita dapat mencapai sebuah impian yang kita hasratkan - selagi hidup dan matinya kita hanya dengan hati nurani yang sungguh murni atau sebaliknya, sebagai seorang manusia yang menulis; Apabila Penulis Mati Apabila penulis mati dunia adalah tempat yang menyedihkan kerana ia telah mengakhiri kalimatnya - untuk selamanya sesudah menulis sebuah riwayat dan menjadikan manuskrip kehidupan ini sangat tebal dan penuh dengan makna bagaikan dakwat yang kering dan pena yang bergolek di sudut meja, kesaktiann...

Kumpulan Drama TV "Amanat".

Imej
Judul: Kumpulan Drama TV "Amanat" Penulis: Puasha Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Tahun: 2015 Muka Surat: 228p Binding: Kulit Nipis ISBN 978-99917-0-970-3 Harga: BND$7.00 PERKEMBANGAN MEDIA elektronik khususnya televisyen dan radio di negara ini telah membuka ruang dan peluang kepada penulis untuk menghasilkan karya-karya mereka melalui penulisan skrip drama radio dan televisyen. Ini adalah kesempatan yang sangat berharga kepada mereka yang meminati bidang ini. Penciptaan skrip drama radio mahupun televisyen menuntut kepada keupayaan kreatif untuk menghasilkan skrip yang sempurna, baik dari segi babak, watak dan perwatakan, lokasi dan kejadian, aksi, visual dan kesan bunyi. Ini dengan sendirinya akan membentuk sebuah drama yang menarik untuk dipertontonkan dan dihayati kepada khalayaknya. Kumpulan Drama TV Amanat mengandungi empat buah drama TV, iaitu "Amanat", "Kembali ke Pangkal Jalan", "Menentang Arus", dan "Selamat Hari Jadi Mo...