Catatan

Apabila Kedai Buku, Jurnal, Majalah, dan Surat Khabar Kita Tidak Ada Pembeli

Imej
Sering kali kita dengar, harga buku terlalu mahal harganya jika dibandingkan dengan harga sepiring makanan kegemaran yang kita nikmati setiap hari. Akan tetapi jika kita dapat berfikir dengan sebaik mungkin, kita akan dapat tahu kebanyakan buku adalah sumber ilmu pengetahuan yang patut kita baca dan pelajari. Apabila kita latih diri kita dengan tabiat membaca, ia bukan sahaja memperkayakan ilmu pengetahuan kita, malah membaca juga akan mengisi ruang hidup kita daripada menjalani sebuah kehidupan yang salah dari segi moral dan peraturan-peraturan sosial, atau undang-undang negara. Oleh yang demikian, buku sebenarnya tidaklah terlalu mahal harganya jika dibandingkan dengan harga sepiring makanan kegemaran yang kita nikmati setiap hari. Walaupun kita sangat jarang menemui kedai buku yang hampir dengan tempat tinggal kita jika dibandingkan dengan kedai makan, kedai runcit, pasar raya, dan gedung beli belah, kita tidak sepatutnya melupakan kedai buku. Kira-kira 25 tahun yang lalu, kita suda...

Selamat Tahun Baru 2024 Masihi

Imej
Sudah menjadi tradisi dalam kalangan orang kita menyambut tahun baru dengan berbagai cara. Tapi sebagai seorang penulis, kita sudah tentu akan bermula dengan suatu cara yang sering dikatakan orang sangat mudah - seperti menulis sebuah nota dan catatan. Akan tetapi tidak ramai yang boleh menulis sebuah puisi atau sajak yang mempunyai suatu tujuan untuk membentuk pemikiran dan tabiat masyarakat kita di dalam kehidupan mereka sehari-hari. Tahun Baru bagi saya, sebenarnya sudah mula dirasakan pada bulan Disember tahun lepas, apabila ramai orang meninggalkan tempat kerja mereka lalu pergi bercuti keluar negeri atau membuat persediaan tertentu. Apabila ini berlaku, pejabat akan menjadi sunyi dan hanya beberapa orang sahaja yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Jika tidak ada yang perlu dibuat, mereka yang menunggu di pejabat ini hanya mampu bersosial di talian facebook , dan yang seumpamanya. Sepuluh tahun yang lalu, kita sudah menulis sebuah puisi yang mempersoalkan ‘fenomena ak...