Catatan

Baca Buku - 'Langkah Menangani Isu Sosial'.

Imej
Judul: Langkah Menangani Isu Sosial Penerbit: DBP, Brunei. Tahun: 2005 Muka Surat: 49p. ISBN: 99917-0-424-8 Langkah menangani isu sosial rata-rata mengutarakan gejala sosial seperti kes keganasan rumah tangga, kes seks bebas di kalangan remaja, dan kes penyalahgunaan dadah yang berlaku di negara kita.  Kebanyakan penulis bukan sahaja mendedahkan masalah gejala sosial tersebut bahkan sebab berlaku dan cara penyelesaian juga disentuh. Buku kumpulan rencana hasil dari Peraduan Menulis Rencana 2004 anjuran Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Menangani Isu Sosial Negara Brunei Darussalam ini sangat sesuai sebagai bacaan umum, terutama kepada pelajar dan ia berupa bimbingan motivasi dalam membina kecemerlangan diri dan keharmonian keluarga.

Isu Sosial sebagai Tema dan Persoalan dalam Penulisan Sajak

Imej
Tanggungjawab dan kesedaran sosial telah membawa kita untuk terus menulis berbagai isu sebagai tema dan persoalan dalam kebanyakan sajak. Sebagai seorang penyair, kita bukan sahaja menulis mengenai kemiskinan, keluh-kesah atau susah-payah kita dalam menjalani kehidupan ini sehari-demi-sehari. Malahan isu sosial, terutama masalah moral sangat patut diambil kira oleh setiap penulis atau segenap lapisan masyarakat. Masalah moral, terutama sekali pergaulan bebas sudah sekian lama wujud sejak beribu-ribu tahun yang lampau, dan sehingga sekarang kita bagaikan masih bergelumang dengan masalah ini. Ini bukan hanya bermakna bagi individu yang berpendidikan rendah atau tinggi, malah kebanyakan ahli dalam masyarakat moden atau maju masih tidak sedar dengan keburukan yang ada. Lalu, kita sangat percaya masalah ini akan membawa kesan yang sangat buruk dan ditakuti akan membawa bencana dalam sosial-budaya kita. Ini ditambah lagi dengan munculnya fahaman dan gaya hidup segelintir masyarakat yang sang