Catatan

Pesta Buku Brunei 2026

Imej
1. Pesta buku memberi banyak manfaat kepada penulis. Melalui pesta buku, penulis dapat memperkenalkan karya mereka kepada masyarakat dengan lebih luas. 2. Selain daripada itu, penulis berpeluang bertemu dengan pembaca secara langsung, dan mendapatkan maklum balas tentang hasil penulisan mereka. 3. Peluang ini juga dapat membina hubungan penulis dengan penerbit, penjual buku dan penulis lain. 4. Pesta buku boleh meningkatkan motivasi penulis untuk terus berkarya, kerana mereka dapat melihat sambutan pembaca terhadap buku-buku yang dihasilkan. 5. Akhirnya, saya ucapkan selamat meraikan Pesta Buku Brunei, dan Sambutan Bulan Bahasa 2026.

Baca Sajak - Jejak Perjalanan dan Kalam Resah Pengiran Shahbandar Mohammad Salleh.

Imej
Seorang Pengiran Shahbandar Mohammad Salleh bijak rencana dari mengepal genggam dendam tak tahu siapalah, dalam dunia keazaman yang memintas dan memecah persoalan kemungkinan, lalu keraguan yang banyak memuisikan era kemodenan dalam menilai makna tanpanya kita rebah dalam jurai kelana kita bangsa tunas nyala yang berjuang dalam gelita cengkam kacau dan jajah merangkul peribumi jejak sengketa, lalu sekarang sejarahnya dalam tenang merdeka. Dipetik dari sajak Jejak Perjalanan dan Kalam Resah Pengiran Shahbandar Mohammad Salleh oleh Puasha, dlm. Kumpulan Puisi Nakhoda Manis - Pelayaran Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei 2009. hal. 22 - 23.

Baca Sajak - Pahlawanku

Imej
Pahlawan Melayu pun kerisnya pusaka turun-temurun berjuang mempertabatkan diri dengan langkah silatnya di gelanggang baharu di alaf baharu ini pahlawanku Melayu pun memerangi gejala kelak jangan tergadai budaya Melayu jangan tergadai bangsa Melayu jangan tergadai negeri Melayu jangan tergadai ekonomi Melayu. [...] Dipetik dari sajak yang berjudul "Pahlawanku" oleh Puasha dlm. Antologi Sajak Sasterawan Muda MASTERA Brunei , terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei 2025 hal.131.

Baca Sajak - Mencari Diri.

Imej
Entah ke mana lagi kita mencari pohon salak yang lebat manis buahnya pohon sumsum atau pohon kelumbi yang rimbun di tepi paya yang pesat dengan pembangunan dengan kemajuan dan naluri manusiawi yang sentiasa bergerak dengan mahunya. [...] Dipetik dari sajak "Mencari Diri" dlm.  Bahana.  Mac-April 2025 Bil.459 Jilid 60. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. hlm.10.

Karya Sastera di Era AI - Cabaran dan Peluang dalam Dunia Digital

Imej
Kecanggihan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah membawa perubahan besar kepada dunia sastera. Penulis dan pengkarya kini berhadapan dengan pelbagai cabaran serta peluang baharu yang tidak pernah terbayang sebelum ini. AI bukan sahaja mampu menghasilkan puisi, cerpen atau novel dalam masa yang singkat, malah dapat membantu dalam proses penterjemahan, analisis sastera dan penghasilan idea kreatif. Namun, kehadiran AI dalam dunia sastera turut menimbulkan persoalan tentang keaslian dan nilai karya. Adakah karya yang dihasilkan oleh mesin mempunyai jiwa dan makna seperti tulisan manusia? Di sinilah pentingnya peranan penulis untuk memanfaatkan AI sebagai alat bantu, bukan pengganti. Penulis boleh menggunakan AI bagi mendapatkan inspirasi, memperhalusi gaya bahasa, atau menambah baik struktur cerita, namun nilai sentuhan peribadi dan pengalaman hidup manusia tetap menjadi unsur utama yang membezakan karya sastera sejati. Dalam konteks masyarakat Melayu, penerapan AI dalam penulisan saste...