'Sungai Siarau' menampilkan gaya penulisan baru.

Antologi ‘Sungai Siarau’ memuatkan 17 buah sajak (termasuk sajak saya la tu… ‘Nostalgia’ heheee) dan 17 buah cerpen yang memenangi Hadiah Kreatif Bahana bagi tahun 1995, 1996 dan 1997. Antologi ini adalah lanjutan daripada antologi “Meniti Jambatan Usia” yang memuatkan cerpen-cerpen dan sajak-sajak yang memenangi Hadiah Kreatif Bahana tahun-tahun yang terdahulu. Dalam genre cerpen gaya penulisannya sudah ada peningkatan yang agak ketara jika dibandingkan dengan genre sajak. Penulisan cerpen yang termuat dalam antologi ini boleh dikatakan sebahagian besar bereksperimen dengan gaya penulisan pasca modenisne dan hanya sebahagian kecil yang masih menggunakan gaya kovensional.

Walaupun menggunakan gaya penulisan dalam bentuk baru (pasca modenisme), penulis berjaya membawa mesej yang mempunyai unsur falsafah, simbolik, sindiran sinis tentang kehidupan masyarakat, dan pergolakan dunia sejagat. Penulis berjaya mengolah cerpen mereka dengan baik serta menerapkan bahasa yang sungguh berkesan. Objektif karya-karya ini diantologikan bagi memudahkan para pembaca dan penelaah sastera menikmati sastera yang bermutu. Ia bersesuaian dengan salah satu matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei untuk menerbitkan bahan-bahan bacaan yang bermutu dan bersesuaian untuk dibaca bagi mencerna fikiran masyarakat. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memperkembangkan dan meningkatkan mutu sastera tanah air.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha 'secawan kopi' untuk dia terus menulis di sini